Adat mengadap raja di balairung,
Para pembesar akan disusun mengikut
pangkat kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Bendahari dan
Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anak raja akan duduk
dibahagian serambi balai sebelah kiri dankanan. Sida-sida yang
muda-muda akan duduk berselang seli dengan Bentara
dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai.
Istiadat raja ke istana.
Gendang adi dipalu sebanyak tujuh ragam,
nafiri dibunyikan. Sampai kali ke tujuh, maka raja pun
keluar bergajah di arak ke istana. Mereka yang hadir akan
duduk di tanah.
Adat menjunjung duli
Empat lima orang kepala bentara yang terdiri daripada
sida-sida akan duduk di Seri balai. Segala perkakas diraja seperti
ketur,kendi.kipas,dan barang sebagainya diselang selang kedudukannya.
Sementara puan dan pedang berada dikelekan kiri dan
kanan. Pedang kerajaan akan dipikul oleh Laksamana atau Seri Bija
DiRaja.
Adat menyambut kedatangan Utusan Kerajaan dari Iuar.
Sambutan terhadap kedalangan utusan adalah berbeza mengikut
tahap kebesaran kerajaan tersebut. Apabila utusan dari kerajaan
yang besar seperti Pasai dan Haru, sambutannya menggunakan selengkap alat
kerajaan seperti gendang, serunai bcergajah dan lain-lain. Sekiranya
utusan datang dari negeri yang kurang kebesarannya, alat kelengkapan
keraiaan untuk sambutan akan dikurangkan, cukup sekadar gendang, serunai
sahaja, atau berpayung kuning atau bergajah. Walau bagaimanapun
sepersalinan tetap akan diberikan.
Adat penganugerahan gelaran.
Adat ini dimulakan dengan menjemput mereka yang menerima
gelaran ke istana. Jemputan penganugerahan adalah mengikut
pangkat dan gelaran yang akan diterima. Jika
"Perserian" orang besar-besar akan menjemputnya. Jika "Persangan",orang
kecil menjemputnya. Jika "Pertuanan", orang
sedang menjemputnya. Orang yang menerima anugerah akan
dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. Di istana, riwayat
mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikan.
Untuk Bendahara diberi lima ceper persalinan, anak raja dan menteri empat
ceper persalinan, dan ada yang tiada berceper sekadar diampu oleh hamba
raja.
Adat istiadat perkahwinan di Raja
Adat ini dimulakan dengan adat meminang dan adat
berjaga-jaga selama empat puluh hari empat puluh malam. Setelah
selesai adat berjaga-jaga itu barulah diadakan majlis akad
nikah. Misalnya perkahwinan antara Raja Omar dengan Raja Fatimah,
bermula dengan menghantar sirih pinang dan emas belanja, perarakan dengan gajah
dan akad nikah oleh kadi.
Adat menyambut malam tujuh likur atau malam dua
puluh tujuh.
Pada waktu siangnya sejadah akan diarak ke masjid.
Temenggung akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan gendang akan
dibawa terlebih dulu kemasjid. Keesokannya, laksamana akan
mengarakkan serban. Raia-raja Melayuakan berangkat ke masjid bertengkolok dan
berbaju sarung.
Adat Raja Berangkat pada hari raya secara berusungan
Raja akan berangkat dengan usungan. Kepala
usungan kanan akan dipegang oleh Penghulu Bendahari dan
sebelah kiri oleh Laksamana. Di sebelah belakang pula Menteri
Kedua. Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan membawa alat
kerajaan di kiri dan kanan, sementara Bentara memikul
pedang. Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala
orang besar dan segala menteri yang tua.
Adat menyambut hari raya.
Bendahara dan segala Orang Besar-besar akan duduk berkampung
dan usungan akan diarak oleh Penghulu Bendahari. Apabila
usungan tiba, segala orang yang duduk dibalai turun berdiri, beratur
bersaf-saf gendang akan dipalu tujuh ragam, diiringi nafiri. selepas tujuh
kali, raja berangkat menaiki gajah dan diarak ke masjid dan barulah ke
istana.
PANTANG LARANG / LARANGAN & HUKUMAN
Larangan memakai barangan berwarna kuning.
Orang-orang kebanyakan dilarang memakai sapu Langan, tepi
tabir dan bantal besar yang berwarna kuning. Kain baju, destar yang
berwarna kuning boleh dipakai sekiranya dianugerahkan oleh raja.
Larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung.
Rakyat dilarang membina rumah yang bertiang gantung dan
tidak terletak ketanah atau bertiang terus dari atap .
Larangan memakai penduk dan teterapan keris.
Orang kebanyakan dilarang bergelang kaki emas dan
berkeroncong emasberkepala perak kecuali yang dianugerahkan oleh raja.
Larangan bertengkolok dan berbaju sarung.
Rakyat biasa tidak dibenarkan memakai baju sarung
dan bertengkolok pada hari perkahwinan kecuali dikurniakan oleh
raja. Sekiranya adat ini tidak dipatuhi, akandikenakan hukuman denda
Larangan berbaju keling.
Rakyat tidak dibenarkan memakai pakaian ini
kecuali disediakan oleh orang-orang Besar. Sekiranya adat
ini tidak dipatuhi akan dikenakan hukuman denda.
Larangan berkelakuan biadap terhadap raja pembesar.
Rakyat mesti menghormati raja dan pembesar, sekiranya engkar
akan dijatuhkan hukuman bunuh. Contohnya Perpatih Hitam
cuba dibunuh oleh Laksamana kerana menguis tikar di hadapan Bendahara.
Larangan menyebarkan fitnah.
Perbuatan menyebarkan fitnah adalah berdosa
besar. Malah menyebabkan orang yang tidak bersalah
teraniaya. Hukuman bunuh terhadap orang yang
menyebar fitnah. Contohnya, Raja Mandaliar dan Kitul
dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka yang bertanggun9jawab menyebarkan
fitnah.
Larangan tidak mengikut perintah raja.
Rakyat atau pembesar mesti mematuhi perintah kerana
jika ingkar akan dikenakan hukuman
bunuh. Contohnya, Seri Bija Diraja diperintahkan
bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana tidak datang menghadap pada hari
raya.
Larangan memakai sesuatu yang menjadi hak seperti
isteri dan gundik raja.
Sesuatu yang menjadi hak raja tidak boleh
diganggu kerana akan dijatuhkan hukuman
bunuh. Contoh hukumah bunuh yang dijatuhkan kepada Hang Tuah
yang dikatakan telah bermesra dengan salah seorang gundik raja.
Larangan menderhaka.
Rakyat tidak boleh sesekali menderhaka kepada
raja. Sekiranya menderhaka, mereka akan dikenakan hukuman
bunuh. Contohnya hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja serta
seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah kerana dikatakan Bendahara sedang
merancang untuk merampas kuasa atau cuba mencabar hak dan kedudukan raja.
Larangan menggunakan paying putih dan kuning
Payung kuning untuk anak-anak raja dan orang-orang
Besar. Manakala payung putih untuk raja. Sekiranya tidak dipatuhi
akan dikenakan didenda pati, yakni sekati lima.
Larangan bersekedudukan dengan isteri orang atau merampas
isteri orang
Hukuman bunuh boleh dilakukan oleh si
suami. Contohnya Tun Biajid menimang-nimang lembingnya pada sultan
kerana perbuatan Sultan Mahmud Syah berkendakdengan isterinya. Pengiring sultan
cuba membunuh Tun Biajid kerana berkelakuan biadap depan sultan
tetapi baginda melarang kerana tindakan Tun Biajid betul dari segi
undang-undang.
Larangan mencuri dan mengambil harta orang
atau barang orang yang tercicir.
Hukuman kepada pencuri ialah hukuman bunuh.
Sesiapa yang terjumpa harta mesti dihantar ke balai
yang disediakan. Contohnya, semasa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda bertindak membunuh pencuri-pencuri
yang ditemuinya pada malam baginda menyamar keluar untuk membanteras kegiatan
kecurian yang terlalu berleluasa.
Larangan menyembah pembesar sebelum menyembah
raja atau di hadapan raja.
Perbuatan menyembah pembesar sebelum menyembah raja
akan dihukum cerca. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja telah mencerca
Raja Mandeliar kerana hendak menyembah Bendahara Seri Maharaja di balai raja.
Larangan mengambil tunangan atau anak dara orang.
Hukuman bunuh akan dikenakan. Contohnya,
Sultan Abdul Jamal berusaha membunuh Hang Nadim kerana telah melarikan
tunangannya Tun Teja. Tetapi gagal kerana Hang Nadim sempat berlepas
menyelamatkan diri dengan kembali ke Melaka.
Larangan-larangan diraja mengenai perhiasan, pakaian dan
peralatan diraja
Larangan-larangan memakai kain kuning, membuat rumah dengan
bentuk tertentu, membuat perahu dengan kelengkapan tertentu, memakai
perhiasan emas, memakai keris tertentu dan lain-lain akan dikenakan
hukuman sekati lima.
KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT & PANTANG LARANG
1. Menggambarkan
keagungan dan kebesaran raja
Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat
dilihat melalui segala adat istiadat dan juga pantang larang yang menunjukkan
perbezaan ketara dengan golngan rakyat. Sebagai contoh, kedudukan
raja semasa dalam balai penghadapan. Begitu juga dari segi pemakaian
emas adalah barangan yang amat berharga adalah khusus untuk untuk golongan raja
sahaja. Ini menunjukkan kedudukan dan ketinggian martabat raja di
kalangan rakyat.
2. Menggambarkan
Keagungan Kerajaan Melayu Melaka.
Adat istiadat yang disusun dan diperkenalkan oleh Sultan
Muhammad Syah menunjukkan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang
agung, besar dan berdaulat. Sistem pentadbiran yang tersusun di mana
raja sebagai pemerintah dibantu oleh pembesar-pembesar yang berwibawa bagi
melancarkan perjalanan pentadbiran negeri.
3. Menggambarkan
kesetiaan Rakyat.
Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan
masyarakat Melayu yang taat dan patuh serta sanggup menjunjung segala perintah
dan peraturan yang dikenakan oleh golongan pemerintah. Mereka
beranggapan bahawa golongan raja adalah berdaulat dan wajib ditaati dengan
berpegang teguh prinsip :Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja”.
4. Mengukuhkan
Institusi Istana dan Pembesar Melayu
Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan
institusi istana dan kuasa pembesar dilindungi daripada ancaman jahat yang cuba
untuk menjatuhkan mereka kerana melalui adat dan pantang larang, rakyat
seolah-olah dinafikan hak mereka. Secara tidak langsung golongan
istana dan pembesar akan dipandang tinggi dan mulia dan rakyat tidak berpeluang
untuk mencabar institusi beraja.
informasi yang berguna sebagai rujukan
ReplyDelete👍.. Tq ats prkongsian ilmu y sngt brguna
ReplyDeleteMaklumat yg menarik dan sangat berguna
ReplyDeleteSangat menarik & bermanfaat
ReplyDeleteMenarik ringkas dan padat .. terima kasih
ReplyDeleteSangat menarik dan padat dengan maklumat
ReplyDeletePerkongsian yang bagus dan informatif
ReplyDeletePadat dgn informasi dan input yg berguna sbg rujukan dan pembacaan
ReplyDeletemaklumat mudah difahami. terima kasih untuk perkongsian
ReplyDelete