PERISTIWA DALAM BAB 15
Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan
Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin
dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah.
Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor.
Raja
Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah,
anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan
Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan
baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.
Raja
Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan
Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.
Kemangkatan
Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan
pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.
Sultan
Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya
ke negeri Makam Tauhid.
Sultan
Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari
Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.
No comments:
Post a Comment