Thursday, 31 May 2018

ADAT ISTIADAT




Adat mengadap raja di balairung,

Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Bendahari dan Temenggung akan duduk di seri balai. Anak-anak raja akan duduk dibahagian serambi balai sebelah kiri dankanan.  Sida-sida yang muda-muda akan duduk berselang seli  dengan Bentara dan hulubalang  yang berdiri di ketapakan balai.

Istiadat raja ke istana.

Gendang adi dipalu sebanyak tujuh ragam, nafiri dibunyikan.  Sampai kali ke tujuh, maka raja pun keluar bergajah di arak ke istana.   Mereka yang hadir akan duduk di tanah.

Adat menjunjung duli

Empat lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida-sida akan duduk di Seri balai.  Segala perkakas diraja seperti ketur,kendi.kipas,dan barang sebagainya diselang selang kedudukannya. Sementara puan dan pedang berada dikelekan kiri dan kanan.  Pedang kerajaan akan dipikul oleh Laksamana atau Seri Bija DiRaja.

Adat menyambut kedatangan Utusan Kerajaan dari Iuar.

Sambutan terhadap kedalangan utusan adalah berbeza mengikut tahap kebesaran kerajaan tersebut.  Apabila utusan dari kerajaan yang besar seperti Pasai dan Haru, sambutannya menggunakan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai bcergajah dan lain-lain.  Sekiranya utusan datang dari negeri yang kurang kebesarannya, alat kelengkapan keraiaan untuk sambutan akan dikurangkan, cukup sekadar gendang, serunai sahaja, atau berpayung kuning atau bergajah.  Walau bagaimanapun sepersalinan tetap akan diberikan.

Adat penganugerahan gelaran.

Adat ini dimulakan dengan menjemput mereka yang menerima gelaran ke istana.  Jemputan penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang akan diterima.  Jika "Perserian" orang besar-besar akan menjemputnya.   Jika "Persangan",orang kecil menjemputnya.  Jika "Pertuanan", orang sedang menjemputnya.   Orang yang menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda.  Di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikan. Untuk Bendahara diberi lima ceper persalinan, anak raja dan menteri empat ceper persalinan, dan ada yang tiada berceper sekadar diampu oleh hamba raja.

Adat istiadat perkahwinan di Raja

Adat ini dimulakan dengan adat meminang dan adat berjaga-jaga selama empat puluh hari empat puluh malam.  Setelah selesai adat berjaga-jaga itu barulah diadakan majlis akad nikah.  Misalnya perkahwinan antara Raja Omar dengan Raja Fatimah, bermula dengan menghantar sirih pinang dan emas belanja, perarakan dengan gajah dan akad nikah oleh kadi.

Adat menyambut malam tujuh likur atau malam dua puluh tujuh.

Pada waktu siangnya sejadah akan diarak ke masjid. Temenggung akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan gendang akan dibawa terlebih dulu kemasjid.  Keesokannya, laksamana akan mengarakkan serban. Raia-raja Melayuakan berangkat ke masjid bertengkolok dan berbaju sarung.

Adat Raja Berangkat pada hari raya secara berusungan

Raja akan berangkat dengan usungan.  Kepala usungan kanan akan dipegang oleh Penghulu  Bendahari   dan sebelah kiri oleh Laksamana.  Di sebelah belakang pula Menteri Kedua.  Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan membawa alat kerajaan di kiri dan kanan,  sementara Bentara memikul pedang.  Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala orang besar dan segala menteri yang tua.

Adat menyambut hari raya.

Bendahara dan segala Orang Besar-besar akan duduk berkampung dan usungan akan diarak oleh Penghulu Bendahari.   Apabila usungan tiba, segala orang yang duduk dibalai turun berdiri, beratur bersaf-saf gendang akan dipalu tujuh ragam, diiringi nafiri. selepas tujuh kali, raja berangkat menaiki gajah dan diarak ke masjid dan barulah ke istana.


PANTANG LARANG / LARANGAN & HUKUMAN

Larangan memakai barangan berwarna kuning.

Orang-orang kebanyakan dilarang memakai sapu Langan, tepi tabir dan bantal besar yang berwarna kuning. Kain baju, destar yang berwarna kuning boleh dipakai sekiranya dianugerahkan oleh raja.

Larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung.

Rakyat dilarang membina rumah yang bertiang gantung dan tidak terletak ketanah atau bertiang terus dari atap .

Larangan memakai penduk dan teterapan keris.

Orang kebanyakan dilarang bergelang kaki emas dan berkeroncong emasberkepala perak kecuali yang dianugerahkan oleh raja.

Larangan bertengkolok dan berbaju sarung.

Rakyat biasa tidak dibenarkan memakai baju sarung dan bertengkolok pada hari perkahwinan kecuali dikurniakan oleh raja.  Sekiranya adat ini tidak dipatuhi, akandikenakan hukuman denda

Larangan berbaju keling.

Rakyat tidak dibenarkan memakai pakaian ini kecuali disediakan oleh orang-orang Besar.  Sekiranya adat ini tidak dipatuhi akan dikenakan hukuman denda.

Larangan berkelakuan biadap terhadap raja pembesar.

Rakyat mesti menghormati raja dan pembesar,  sekiranya engkar akan dijatuhkan hukuman bunuh.   Contohnya Perpatih Hitam cuba dibunuh oleh Laksamana kerana menguis tikar di hadapan Bendahara.

Larangan menyebarkan fitnah.

Perbuatan menyebarkan fitnah adalah berdosa besar.   Malah menyebabkan orang yang tidak bersalah teraniaya.   Hukuman bunuh terhadap orang yang menyebar fitnah. Contohnya, Raja Mandaliar dan Kitul dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka yang bertanggun9jawab menyebarkan fitnah.

Larangan tidak mengikut perintah raja.

Rakyat atau pembesar mesti mematuhi perintah kerana jika ingkar akan dikenakan hukuman bunuh.   Contohnya,  Seri Bija Diraja diperintahkan bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana tidak datang menghadap pada hari raya.

Larangan memakai sesuatu yang menjadi hak seperti isteri dan gundik raja.

Sesuatu yang menjadi hak raja tidak boleh diganggu kerana akan dijatuhkan hukuman bunuh.  Contoh hukumah bunuh yang dijatuhkan kepada Hang Tuah yang dikatakan telah bermesra dengan salah seorang gundik raja.

Larangan menderhaka.

Rakyat tidak boleh sesekali menderhaka kepada raja.  Sekiranya menderhaka, mereka akan dikenakan hukuman bunuh.  Contohnya hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja serta seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah kerana dikatakan Bendahara sedang merancang untuk merampas kuasa atau cuba mencabar hak dan kedudukan raja.

Larangan menggunakan paying putih dan kuning

Payung kuning untuk anak-anak raja dan orang-orang Besar.  Manakala payung putih untuk raja. Sekiranya tidak dipatuhi akan dikenakan didenda pati, yakni sekati lima.

Larangan bersekedudukan dengan isteri orang atau merampas isteri orang

Hukuman bunuh boleh dilakukan oleh si suami.  Contohnya Tun Biajid menimang-nimang lembingnya pada sultan kerana perbuatan Sultan Mahmud Syah berkendakdengan isterinya. Pengiring sultan cuba membunuh Tun Biajid kerana berkelakuan biadap depan sultan tetapi baginda melarang kerana tindakan Tun Biajid betul dari segi undang-undang.

Larangan mencuri dan mengambil harta orang atau barang orang yang tercicir.

Hukuman kepada pencuri ialah hukuman bunuh. Sesiapa yang terjumpa harta mesti dihantar ke balai yang disediakan.  Contohnya, semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda bertindak membunuh pencuri-­pencuri yang ditemuinya pada malam baginda menyamar keluar untuk membanteras kegiatan kecurian yang terlalu berleluasa.

Larangan menyembah pembesar sebelum menyembah raja atau di hadapan raja.

Perbuatan menyembah pembesar sebelum menyembah raja akan dihukum cerca.  Contohnya, Bendahara Seri Maharaja telah mencerca Raja Mandeliar kerana hendak menyembah Bendahara Seri Maharaja di balai raja.

Larangan mengambil tunangan atau anak dara orang.

Hukuman bunuh akan dikenakan.  Contohnya, Sultan Abdul Jamal berusaha membunuh Hang Nadim kerana telah melarikan tunangannya Tun Teja.  Tetapi gagal kerana Hang Nadim sempat berlepas menyelamatkan diri dengan kembali ke Melaka.

Larangan-larangan diraja mengenai perhiasan, pakaian dan peralatan diraja

Larangan-larangan memakai kain kuning, membuat rumah dengan bentuk tertentu, membuat perahu dengan kelengkapan tertentu, memakai perhiasan emas, memakai keris tertentu dan lain-lain akan dikenakan hukuman sekati lima.


KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT & PANTANG LARANG

1.             Menggambarkan keagungan dan kebesaran raja

Kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan dapat dilihat melalui segala adat istiadat dan juga pantang larang yang menunjukkan perbezaan ketara dengan golngan rakyat.  Sebagai contoh, kedudukan raja semasa dalam balai penghadapan.  Begitu juga dari segi pemakaian emas adalah barangan yang amat berharga adalah khusus untuk untuk golongan raja sahaja.  Ini menunjukkan kedudukan dan ketinggian martabat raja di kalangan rakyat.

2.            Menggambarkan Keagungan Kerajaan Melayu Melaka.

Adat istiadat yang disusun dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah menunjukkan Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang agung, besar dan berdaulat.  Sistem pentadbiran yang tersusun di mana raja sebagai pemerintah dibantu oleh pembesar-pembesar yang berwibawa bagi melancarkan perjalanan pentadbiran negeri. 

3.            Menggambarkan kesetiaan Rakyat.

Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan masyarakat Melayu yang taat dan patuh serta sanggup menjunjung segala perintah dan peraturan yang dikenakan oleh golongan pemerintah.  Mereka beranggapan bahawa golongan raja adalah berdaulat dan wajib ditaati dengan berpegang teguh prinsip :Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja”.

4.            Mengukuhkan Institusi Istana dan Pembesar Melayu

Melalui adat istiadat dan pantang larang dapat menggambarkan institusi istana dan kuasa pembesar dilindungi daripada ancaman jahat yang cuba untuk menjatuhkan mereka kerana melalui adat dan pantang larang, rakyat seolah-olah dinafikan hak mereka.  Secara tidak langsung golongan istana dan pembesar akan dipandang tinggi dan mulia dan rakyat tidak berpeluang untuk mencabar institusi beraja.


MITOS DAN LAGENDA

Mitos dan Lagenda




MITOS, sebagaimana yang diketahui umum, adalah suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Peristiwa yang berlaku itu sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan manusia, haiwan, ataupun alam semesta - kelihatan pelik, janggal, dan melampaui lumrah alam. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap ketakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut acuan zaman moden sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam, meyakini bahawa mitos tersebut memang benar-benar berlaku.

Dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks tersebut. Kewujudan unsur mitos dalamteks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat.

CIRI-CIRI MITOS

1. Mitos dianggap sebagai kejadian atau peristiwa yang benar-­benar berlaku - cerita mitos dianggap benar-benar berlaku pada zaman silam. Keyakinan tersebut, sesetengahnya, telahmembentuk sistem nilai mereka dan seterusnya diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Mitos berbeza daripada unsur­unsur dongeng.

2. Mitos dianggap suci - kesucian ini terbit kerana mitos kaya dengan unsur-unsur kedewaan yang diyakini oleh masyarakat Melayu pada zaman silam. Kepercayaan tersebut terbentuksebagai hasil daripada pengaruh animisme dan ajaran agama Hindu.

3. Mitos kaya dengan unsur-unsur alam ghaib - keyakinan masyarakat Melayu zaman silam terhadap kewujudan alam ghaib sangat tebal. Mereka percaya bahawa sesuatu yangghaib itu, seperti kewujudan kuasa makhluk-makhluk halus (jin, syaitan, penunggu, puaka) dan alam kayangan atau alam dewa dewi dapat mempengaruhi kehidupan mereka. Malah,dalam konteks alam kayangan, masyarakat Melayu pada zaman itu yakin bahawa mereka dapat Baling berhubungan (bersahabat atau berseteru) antara satu sama lain.

4. Mitos kaya dengan peristiwa atau kejadian yang luar biasa, ganjil, dan aneh - masyarakat Melayu zaman silam mempercayai bahawa setiap kejadian luar biasa, ganjil, atau aneh mempunyai tujuan-tujuan atau alamat-alamat yang tertentu. Hal ini berlaku sebagai hasil daripada keakraban hubungan masyarakat Melayu dengan flora dan fauna di sekeliling mereka.

JENIS-JENIS MITOS

Mitos dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
1 mitos asal usul raja;
mitos pembukaan negeri;
3 mitos kedatangan Islam; dan
4 mitos-mitos lain.

Mitos Asal Usul Raja

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, dalam upaya hendak meningkatkan martabat dan kedudukan raja-raja Melayu, khususnya raja Melaka, telah mengaitkan bahawa raja-raja tersebut berasal usul daripada keturunan Raja Iskandar Zul­Karnain, Nabi Sulaiman, clan Nusyirwan Adil. Pertalian ini bermula apabila Raja Suran (cucu Raja Sulan) telah masuk ke dasar laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dari negeri Dika. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan tiga orang putera - Nila Pahlawan, Krisyna Pandita, dan Nila Utama. Ketiga-tiga putera ini telah naik ke bumi dan mendarat di Bukit Si Guntang, Palembang.Keistimewaan dan keluarbiasaan yang dimiliki mereka telah membolehkan mereka menjadi raja - Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau; Krisyna Pandita menjadi raja di Tanjung Pura; Nila Utama pula menjadi raja di Palembang dan seterusnya di Temasek dengan gelaran Seri Teri Buana. Seri Teri Buanalah yang kemudiannya mengembangkan keturunan raja-raja Melaka.

Mitos Pembukaan Negeri

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu banyak juga mengetengahkan mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri. Dalam hal memilih dan memberikan nama negeri ini, penamaan tersebut dibuat berdasar kepada keyakinan para raja terhadap sesuatu keganjilan dan kejadian luar biasa yang pada pandangan mereka akan mendatangkan keberuntungan kepada negeri tersebut. Antaranya termasuklah:
1 pembukaan negeri Singapura yang dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama “Singa”
2 pembukaan negeri Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan anjing;
3 pembukaan Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing; dan
4 pembukaan Pasai yang dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku's-Salleh yang bernama si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi.

Mitos Kedatangan Islam

Sebagaimana mitos asal usul, tujuan mitos kedatangan Islam ini diselitkan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu. Ada dua peristiwa yang memerihalkan mitos kedatangan Islam ini, iaitu:
1 kedatangan Islam di Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s. a. w. Dalam mimpi itu, Nabi Muhammad s. a. w. telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan sebagai hasilnya, Merah Silu dapat mengaji pada keesokan harinya manakala tubuhnya pula berbau narawastu; dan
2 kedatangan Islam di Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah) telah diislamkan oleh Nabi Muhammad s. a. w. melalui mimpi. Dalam mimpi itu, dikatakan bahawa Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadat, dikhatankan, dan diberi nama Islam. Keesokannya, semua yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau narawastu.

Mitos-mitos Lain

Dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa berunsur mitos yang ditulis untuk tujuan yang khusus. Antaranya termasuklah untuk menggambarkan kepercayaan sesuatu anggota masyarakat ataupun untuk mengkritik raja secara halus. Yang berikut adalah antara beberapa contoh mitos tersebut.

I Peristiwa Badang menjadi gagah setelah makan muntah hantu - Badang telah beroleh kekuatan dan kegagahan yang sangat luar biasa setelah memakan muntah hantu yangmencuri hasil tangkapannya. Kegagahan Badang yang luar biasa itu telah membolehkan dia mencabut pokok-pokok kayu Yang besar dengan akarnya sekali dan hal ini menggembirakanmajikannya kerana ladangnya telah dapat dibersihkan dalam masa yang singkat.

2 Peristiwa ikan todak menyerang Singapura - peristiwa ini berlaku semasa Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. Banyak rakyat negeri itu yang mati ditikam olehikan todak yang mampu melompat hingga ke pantai. Untuk mengatasi serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkubukan betis tetapi perintah itu lebih banyak menyebabkan kematian dan kecederaan kepada rakyat yang terlibat. Akhirnya, serangan ikan todak itu dapat diatasi melalui kebijaksanaan seorang budak yangmenyarankan penggunaan batang pisang sebagai kubu. serangan ikan todak tersebut ada kaitannya dengan pembunuhan Tuan Jana Khatib yang "mahir akan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas".

3  Peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu - peristiwa ini menimpa Sang Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja Iskandar Syah. Pengkhianatan itu dilakukannya selepas Raja Iskandar membunuh anak perempuannya dengan cara yang sangat memalukan dirinya. Untuk membalas perbuatan Raja Iskandar Syah itu, dia telah bersekongkol denganMajapahit yang menyebabkan Singapura jatuh ke tangan kuasa besar itu.

KEPENTINGAN MITOS

Penerapan mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini mempunyai matlamat dan kepentingannya yang tersendiri dan khusus, sesuai dengan zaman teks ini dihasilkan. Di pihak pemerintah, peristiwa yang berunsur mitos itu secara umumnya dapat meningkatkan darjat dan kedaulatan mereka. Di pihak hamba rakyat pula, unsur mitos tersebut dapat mendidik serta meyakinkan mereka tentang kehebatan dan kedaulatan raja serta perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi beraja. Kepentingan mitos dalam penulisan teksSulalatus Salatin Sejarah Melayu ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:

Menunjukkan Keagungan Keturunan Raja
Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom dan berasal dari Makaduniah.  Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, beliau merupakan seorang raja yang agung dan penakluk dunia yang terbilang. Berdasarkan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, raja-raja Melayu dikatakan berasal daripada keturunan beliau walaupun menurut Sejarah, Iskandar Zul-Karnain (Alexander The Great)tidak pernah menakluki India. Oleh itu, mitos yang mengaitkan raja-raja Melayu bersusur galur daripada keturunan Iskandar Zul-Karnain itu mempunyai kepentingannya yang tersendiri, iaitu untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu ke tahap yang tinggi, yaknimemiliki ciri-ciri kepahlawanan, kehebatan, dan keagungan, sama seperti yang dimiliki oleh datuk nenek mereka yang bernama Iskandar Zul-Karnain itu.

Menunjukkan Sifat Luar Biasa Raja
Salah satu mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah tentang pengembaraan Raja Suran ke dasar laut. Baginda dikatakan telah tiba di sebuah negeri yang bernama Dika dan seterusnya berkahwin dan hidup di negeri itu. Hal ini memang di luar mats fikir manusia dan melampaui hukum alam, namun penerapan mitos yang sedemikian ada kepentingannya. Penerapan unsur tersebut adalah untuk menggambarkan bahawa raja-raja Melayu sangat luar biasa dan berbeza daripada manusia biasa dan oleh itu, merekalah yang layak memimpin manusia lain.

Menyindir atau Mengkritik Raja
Mitos lain yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah serangan ikan todak terhadap Singapura. Penerapan mitos ini bertujuan untuk menyindir atau mengkritik golongan raja atau pembesar yang menzalimi rakyat. Mitos itu juga bertujuan untukmenyedarkan raja dan pemerintah bahawa setiap hamba rakyat, tidak kira sekecil mana pun mereka itu, perlu dihormati dan disayangi kerana mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Jelas dalam hal ini, budak yang menyarankan rakyat Singapura menggunakan batang pisang sebagai kubu untuk meredakan serangan todak, mempunyai kelebihannya walaupun masih kecil.

Mendidik dan Menakutkan Rakyat
Sesetengah mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini sengaja diterapkan bagi mendidik rakyat supaya senantiasa menghormati dan mentaati raja sebagaimana yang dipersetujui dalam waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buanadahulu. Dalam hal ini, mitos yang memaparkan Sang Rajuna Tapa menjadi batu setelah mengkhianati Sultan Iskandar Syah menunjukkan bahawa sumpahan Seri Teri Buana yang mengatakan bahawa rakyat yang derhaka akan "dibalikkan Allahbumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas" menjadi kenyataan. Peristiwa itu juga dapat menimbulkan rasa gerun di hati rakyat supaya tidak mengkhianati waad tersebut.

Mempelbagaikan Kaedah/Teknik Penulisan
Penerapan unsur mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu juga bertujuan untuk mewujudkan variasi dalam stail penulisannya. Penerapan itu juga memperlihatkan kekreatifan pengarang dalam usaha hendak menarik hati para pembaca.

tambahan

Penulisan Karya Agung Melayu mula ditulis selepas abad ke-15. Antara karya agung Melayu yang terkenal adalah Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya. Namun, bagi entri kali ini kami telah memilih Sulalatus Salatin untuk mengkaji mitos dan lagenda yang terkandung di dalam karya agung ini. Eloklah kiranya sebelum kita berbincang dengan lebih mendalam, marilah kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan mitos dan lagenda.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2006), mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam. Menurut Noriah Taslim (1986), mitos dikatakan sebagai tradisi agama Hindu, raja-raja itu ialah dewa raja (God-King) iaitu raja adalah bayangan Tuhan. Konsep ini telah menyebabkan masyarakat membenarkan dan mempercayai hakikat kehebatan raja. Kesimpulannya, mitos bermaksud kepercayaan atau keyakinan yang diterima bulat-bulat tanpa bukti.

Legenda pula didefinisikan sebagai cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Legenda adalah satu genre dalam kelompok cerita-cerita rakyat.
Harun Mat Piah (2003), mengemukakan takrifan lebih terperinci terhadap pengertian legenda. Selain memberi definisi khusus, beliau turut membuat perbandingan yang jelas antara legenda dengan mitos. Legenda ialah cerita yang serius, dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luar biasa, Legenda membicarakan tokoh-tokoh suci, juga tokoh-tokoh sekular, makhluk ghaib atau manusia biasa, boleh berlaku pada masa lalu tetapi tidak terlalu silam seperti mitos, atau masa kini, malah berterusan ke masa depan. Secara kesimpulannya, legenda dapat didefinisikan sebagai cerita prosa rakyat yang ditokohi oleh manusia yang ada kalanya mempunyai sifat-sifat luar biasa yang dibantu oleh kuasa atau makhluk lain.


Ciri-ciri Mitos

Mitos mempunyai perbezaan dengan legenda.  Terdapat beberapa ciri yang dapat dikenal pasti yang menunjukkan cerita tersebut adalah bersifat mitos.  Antaranya ialah, cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional mempercayai yang cerita mitos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku.

 Cerita mitos juga dikatakan sebagai sebuah naratif tradisional atau cerita lama yang diperturunkan sejak zaman dahulu.  Contohnya cerita dongeng, cerita binatang, lawak jenaka dan lain-lain.  Struktur cerita mitos kebiasaannya berkaitan dengan pegangan dan kebudayaan.  Menurut Hashim Awang (1985), ciri-ciri cerita mitos ialah cerita yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk atau peristiwa luar biasa yang tidak rasional atau tidak dapat diterima oleh akal manusia.

Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan kepada sifat duniawi.  Cerita mitos adalah cerita tentang dewa-dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos.  Masyarakat percaya bahawa mitos  ini benar-benar berlaku dan menjadikannya sebagai sistem kepercayaan yang tidak boleh dipersenda-sendakan.  Tambahan lagi, mereka menganggap masyarakat yang tidak mempercayai dan melanggar pantang larang akan menerima balasan dan mala petaka. Namun begitu, sesiapa yang percaya dengan mitos dan mematuhi pantang larang tersebut akan mendapat kebaikan dan kurniaan.

Latar masa bagi cerita mitos adalah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman “animisme”. Semua masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan animisme.  Hal ini demikian kerana, masyarakat pada zaman dahulu masih terpengaruh dengan agama Hindu walaupun sudah ada sebahagian masyarakat yang memeluk Islam dan agama Islam sudah tersebar.

Latar tempat cerita mitos merangkumi segenap penjuru alam sama ada di dunia luar, di dunia kayangan atau di dasar.  Latar tempat sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya, mitos asal usul negeri Melaka sebagaimana yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah.  Latar tempat di dasar laut pula melalui mitos dinasti seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu iaitu seorang daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain iaitu Raja Suran yang memasuki dan melawat negeri bawah laut bernama Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja Palembang, Singapura dan akhirnya menjadi raja negeri Melaka.
Selain itu, mitos juga dapat dikenal pasti mengenai mitos tentang makhluk dengan tuhan atau nabi.  Sebagai contoh, dalam teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang menceritakan tentang Merah Silu yang bermimpikan Rasulullah.  Di dalam mimpi tersebut Rasulullah menyuruh Merah Silu mengangakan mulutnya lalu Baginda meludah ke dalamnya.  Apabila Merah Silu terjaga dari tidur, dia mendapati bahawa dia telah pandai membaca al-Quran.   Selain itu, dapat dilihat kisah perkahwinan anak Raja Kida Hindi, iaitu Puteri Syahrul Bariyah dengan Raja Iskandar yang berwalikan Nabi Khidir.  Sebelum Puteri Syahrul Bariyah dikahwinkan dengan Raja Iskandar, Raja Kida Hindi menyuruh Perdana Menteri bertanyakan Nabi Khidir tentang gerangan yang akan dijodohkan dengan puterinya.

Tambahan lagi, mitos yang mengaitkan dengan nabi dapat dilihat berdasarkan kisah kedatangan Islam di Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa Raja Kecil Besar, iaitu Sultan Muhammad Syah yang telah diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi. Dalam mimpi itu, dikatakan bahawa Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadat, dikhatankan, dan diberi nama Islam. Keesokannya, semua yang diimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau narawastu.

Watak- watak dalam cerita mitos pula terdiri daripada Tuhan dan dewa-dewi sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita mitos juga terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah Melayu. Umpamanya nama samudera-pasai berasal daripada semut besar. Nama ini diperoleh daripada peristiwa seekor anjing bernama Si Pasai yang menyalak bukit kerana nampak semut sebesar kucing. Selain itu, pembukaan nageri Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan anjing.  Sempena dengan peristiwa yang luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang dinamakannya Samudera-Pasai.  Melalui mitos nama tempat ini, watak-watak yang terlibat melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut besar.

Ciri-ciri lagenda

Isi dan tema cerita lagenda berkaitan dengan tokoh-tokoh terkenal yang dipercayai pernah hidup suatu ketika dahulu, dikaitkan dengan sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya, menjadi kebanggaan masyarakat setempat yang dianggap mempunyai keistimewaan dan bersifat kudusLegenda ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan keistimewaan seseorang tokoh yang diyakini kewujudannya oleh masyarakat. Cerita tersebut sering kali dibuat secara berlebih-lebihan dan melampaui kelaziman yang biasa dimiliki oleh seseorang manusia. Cerita-cerita tentang tokoh lagenda ini juga bercampur aduk antara unsur sejarah dengan unsur fantasi. Tokoh-tokoh lagenda itu biasanya menjadi kemegahan dan kebanggaan sesuatu bangsa. Tokoh-tokoh lagenda biasanya mempunyai ciri seperti memiliki rupa paras yang kacak dan tampan, berperibadi mulia, dan bijaksana. Ketampanan, kemuliaan dan kebijaksanaan mereka dikagumi dan disenangi setiap orang.

Selain itu, ciri-ciri lagenda ialah watak dan perwatakan terdiri daripada golongan yang disegani, watak ini biasanya memiliki ilmu kepahlawanan, cekap bermain senjata, gagah dan perkasa serta berani. Kehebatan mereka selalunya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pahlawan sekalipun. Mereka memiliki ilmu kesaktian ataupun ilmu hikmat yang membantu mereka dalam apa-apa jua keadaan semasa berjuang. Mereka, taat dan setia kepada keluarga dan raja. Ketaatan dan kesetiaan mereka begitu luhur clan suci, mereka memiliki keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia biasa. Berdasarkan  pada hakikat tersebut, dapat ditemukan perbezaan yang ketara antara legenda dengan mitos.Legenda lebih berpijak di bumi nyata, yakni tokoh yang dipusatkan 'lazimnya memang pernah hidup (diyakini kewujudannya) dan tokoh itu banyak jasanya. Mereka disenangi dan menjadi sebut-sebutan (idola) masyarakat dan lantaran itu, perwatakan mereka telah ditokok tambah oleh masyarakat, malah sikap, pemikiran, dan tindakan mereka, dijadikan ikut-ikutan oleh kelompok tertentu.

  Seterusnya ialah, latar tempat. Latar tempat berpusat kepada dunia nyata dan bukan dunia kayangan. Terdapat tanda-tanda atau kesan sehingga sekarang yang dapat dikaitkan dengan tokoh-tokoh legenda di negeri-negeri tertentu. Contohnya perigi Hang Tuah di Melaka dan Makam Mahsuri di Langkawi, tempat ini dikatakan benar-benar wujud sehingga kini. Antara cerita tentang Mahsuri ialah, cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Maya terdengar suara ular itik (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itik ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah. Apabila tiba masa, Mak Andak Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya menjumpai batu kermian yang kemudiannya dijual kepada tauke Cina di Padang Mat Sirat.

Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannya yang membezakan.  Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya. Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali.
 Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan. Sehingga kini tempat ini menjadi tempat pelancongan.

Fungsi Mitos

Menurut Hooykas (1965), mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul raja-raja. Asal usul raja-raja kerajaan Melayu tua ini kebiasaanya dihubungkan dengan objek-objek seperti buluh, buih dan mayang pinang. Tujuan utama gambaran tentang asal usul raja ini digembar gemburkan adalah untuk meningkatkan taraf dan kedudukan raja. Hal ini kerana, dalam kisah-kisah yang dipaparkan, raja-raja ini mempunyai keupayaan untuk berhubung secara langsung dengan tokoh-tokoh jin, lembu dan Batala, tokoh mitos Puteri Mahtabu’l Bahri dan Raja Aftabu’l Ardh serta pelbagai lagi tokoh dari dalam laut dan kayangan, (Yusoff Iskandar, 1986).

 Contohnya kisah berkenaan dengan Raja Suran, yang merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain, yang dikatakan telah masuk ke dalam laut. Dalam pengembaraan tersebut, baginda telah terjumpa sebuah negeri yang didiami oleh kaum Bersam. Kaum di negeri Bersam ini terdiri daripada orang kafir dan Islam. Raja Suran kemudiannya dikhabarkan berkkahwin dengan puteri kerajaan tersebut iaitu, Puteri Mahtabu’l Bahri dan dikurniakan tiga orang putera.

 Raja Suran kemudiannya pergi menemui raja jin iaitu Asmaghayah Peri untuk meminta supaya dibuatkan tiga buah mahkota untuk puteranya. Mahkota itu menjadi lambang kebesaran dan keturunan Iskandar Zulkarnain. Setelah itu, Raja Suran pun keluar dari laut dan menuju ke udara dengan menunggang seekor kuda terbang yang bernama Faras’ul Bahri.
 Berdasarkan kisah yang dipaprkan ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pengarang cuba untuk mengagung-agungkan kedudukan raja dengan menyelitkan pelbagai jenis kebolehan dan keistimewaan baginda. Dalam cerita ini kebolehan dan keistimewaan tersebut ditunjukkan menerusi keupayaan baginda untuk hidup di dalam laut dan keluar dari laut dengan menungggang kuda terbang.

 Seterusnya, mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul sesuatu tempat. Mitos berkenaan dengan asal usul sesuatu tempat ini kebiasaannya dikaitkan dengan unsur-unsur binatang dan anasir-anasir alam seperti pokok kayu, buah-buahan,mayang pinang dan lain-lain. Binatang yang dijadikan unsur mitos itu pula terdiri daripada binatang yang luar biasa sifatnya, tangkas, besar, cerdik dan cantik seperti singa, pelanduk, anjing dan semut besar, (Yusoff Iskandar, 1986).

 Contoh ini dapat dilihat dalam kisah bagaimana Singapura mendapat nama. Menurut Sejarah Melayu, nama Singapura ini diambil daripada nama binatang, iaitu singa. Cerita ini dikaitkan dengan kisah putera ketiga Sang Sapurba Taram Seri Tri Buana yang terserempak dengan binatang ini sewaktu baginda pergi bermain-main di perairan Bentan. Ketika itu, Sang Nila Utama bertanya kepada semua orang yang berada di sekelilingnya berkenaan nama binatang yang dilihat. Namun tiada seorang pun yang tahu. Akhirnya, Demang Lebar Daun menjawab pertanyaan tersebut sambil menambah, tempat ini baik untuk dibuat negeri kerana mempunyai binatang yang gagah. Lalu terbentuklah kerajaan Singapura yang mendapat nama dari singa, manakala pura pula, merujuk kepada bandar dalam bahasa Sanskrit.

 Mitos juga turut dikaitkan dengan sejarah kemasukan agama Islam ke Melaka dan Pasai, (Yusoff Iskandar, 1986). Tujuan utama mitos tentang pengislaman ini dibuat adalah untuk membezakan cara rakyat dan raja memeluk Islam. Raja mempunyai cara yang lebih istimewa dalam memeluk agama Islam berbanding rakyat jelata. Pengislaman raja ini dikatakan berlaku secara langsung dari Mekah dalam mimpi. Dalam mimpi tersebut, mereka bertemu dengan tokoh-tokoh Islam dan beberapa orang wali yang mempunyai hubungan dengan penyebaran Islam di Melaka dan Pasai. Keisitimewaan ini pula muncul berikutan sifat sosial dan politik raja itu yang sememangnya mempunyai taraf yang tinggi dalam masyarakat. Menerusi mitos yang ditampilkan ini, kita dapat mengetahui cara agama Islam berkembang di Melaka, iaitu melalui raja. Seterusnya, pengislaman raja ini diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.

 Mitos tentang kemasukan Islam ini dapat dilihat dalam kisah pengislaman Raja Kecil Besar. Dalam Sejarah Melayu, Raja Kecil Besar dikatakan bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Dalam mimpi tersebut, baginda telah diajar untuk mengucap dua kalimah syahadah oleh Rasulullah S.A.W, seterusnya baginda juga diberitakan mengenai namanya yang telah ditukar kepada Sultan Muhammad. Sebaik sahaja baginda tersedar daripada mimpi, badan baginda dikatakan berbau wangi dan sudah siap dikhatankan. Mulut baginda pula, lancar sahaja mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah.

 Selain itu, mitos juga turut dikaitkan dengan popular idea berhubung dengan sesuatu peristiwa aneh dan ajaib yang berlaku, (Yusoff Iskandar, 1986). Peristiwa ini dipercayai hanya dialami oleh raja ataupun dalam kalangan mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan istana. Antara contoh popular idea ini ialah berkaitan dengan konsep daulat dan derhaka. Seorang raja dipercayai mempunyai satu bentuk kepercayaan mistik, iaitu daulat. Menerusi kepercayaan ini, rakyat dilarang daripada melanggar hak daulat yang dimiliki oleh raja tersebut. Sekiranya larangan ini diingkari, dalam erti kata yang lain derhaka kepada raja, orang tersebut akan menerima balasan yang buruk.

 Antara contoh kisah yang berkenaan dengan konsep daulat dan derhaka ini ialah kisah berkenaan dengan Sang Rajuna Tapa yang bertukar menjadi batu. Sang Rajuna Tapa merupakan bendahara kepada Raja Iskandar Syah, iaitu pemerintah Singapura. Sang Rajuna Tapa ditimpa daulat Raja Iskandar Syah kerana belot kepada baginda dan bersubahat dengan Majapahit, musuh Singapura. Akibat daripada tindakannya itu, Singapura telah kalah kerana diserang Majapahit. Raja Iskandar Syah kemudiannya lari ke Melaka, manakala Sang Rajuna Tapa dan isterinya bertukar menjadi batu sebaik sahaja Raja Iskandar Syah melarikan diri ke Melaka. Batu itu dipercayai masih lagi wujud di Singapura.

 Disamping itu, mitos juga digunakan sebagai dakyah untuk mengecam penyelewengan yang selalunya dilakukan oleh raja, (Yusoff Iskandar, 1986). Penggunaan mitos digunakan kerana kritikan secara terang-terangan atau langsung kepada raja, boleh menyebabkan seseorang itu dilabel sebagai menderhaka dan boleh ditimpa daulat raja. Jadi, kritikan ini hanya dapat disampaikan dalam bentuk penulisan. Dalam Sejarah Melayu, kritikan ini disampaikan dalam bentuk mitos yang pelbagai.

 Contoh mitos yang berfungsi sebagai kritikan ini dapat dilihat dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Syah. Puteri Gunung Ledang telah meletakkan syarat-syarat yang sukar untuk dijadikan hantaran bagi meminang dirinya. Kesemua syarat-syarat tersebut sanggup dipatuhi oleh baginda, walaupun berat. Namun, apabila tiba kepada syarat yang melibatkan nyawa anakanda baginda, baginda tidak sanggup untuk melakukannya. Hal ini jelas membuktikan bahawa baginda seorang opportunist, (Yusoff Iskandar, 1986). Baginda sanggup membiarkan rakyat terkorban dan menderita asalkan kemahuan baginda tercapai, namun apabila kemahuan tersebut melibatkan kepentingan diri dan keluarganya, baru lah baginda melupakan kemahuan baginda yang tinggi itu.

Fungsi Legenda

Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986), legenda merupakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu, tokoh-tokoh yang berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah umpamanya.  Seterusnya, tokoh-tokoh ini pula tidak sunyi daripada dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungannya dengan kekuatan politik dan agama.

Di samping itu, keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan dengan watak-watak istimewa dan supernatural seperti gagah, berani, kuat, pintar dan bijak, mempunyai kebolehan dan kekuatan batin yang luar biasa serta sangat terkenal dalam sejarah tempatan sesuatu masyarakat.  Justeru, legenda menjadi kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh masyarakat setempat, lalu menjadi milik seluruh masyarakat tersebut.  Berdasarkan hal tersebut, dapatlah diketahui bahawa legenda ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Masyarakat Melayu amat sinonim dengan konsep ‘tulah raja’.  Barangsiapa yang menderhaka kepada sultan atau raja, mereka akan mendapat hukuman atau terkena ‘tulah raja. Sehubungan dengan itu, antara fungsi legenda menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986: 163) adalah untuk memperkuat konsep ‘daulat’, ‘taat’ dan ‘derhaka’ dalam masyarakat Melayu.

Sesuai dengan hal ini, Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah telah diangkat menjadi model atau simbol kepada ketiga-tiga konsep tersebut.  Hal ini dapat dilihat apabila ia sanggup membunuh sahabat baiknya sendiri, iaitu Hang Jebat yang pada pandangannya telah menderhaka kepada Sultan mereka, iaitu Sultan Mansur Syah sebagai tanda taat dan setianya yang tidak berbelah bahagi kepada rajanya.  Selain itu, Hang Tuah juga sanggup mati untuk memenuhi kehendak sultan Melaka pada ketika itu (Hasbullah Ibrahim dan Noor Aini Shaari, 1993).  Beliau diceritakan sanggup untuk masuk ke dalam kubur disebabkan sultannya yang ingin mengetahui keadaan sebenar di dalam kubur.

Seterusnya, legenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.  Hal ini dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya.  Baginda bertindak menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa buah kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga.  Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali dan tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang Melaka lagi.  Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat keputusan untuk berbaik-baik dengan Siam.  Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keamanan kerajaan Melaka.  Berikut merupakan petikan kata-kata baginda:
“Apa bicara tuan hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam; apa sudahnya kita beralangan selama ini; kita kelahi dengan dia pun tidak, dan berdamai pun tiada…”
                                                                                                                 (Sulalatus Salatin, hlm. 107)

Hal tersebut jelas menunjukkan kebijaksanaan Sultan Mansur Syah yang secara tidak langsung telah mengangkat kehebatan orang Melayu.  Tujuan tokoh ini ditampilkan adalah untuk memuji ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu, sebagaimana Sejarah Melayu dalam memetik kata-kata Betara Majapahit;
“Adapun orang Melayu ini terlalu cerdik daripada segala orang negeri lain; pada sebarang permainan pun tewas juga orang lain oleh orang Melaka”.
                                                                                                                   (Sulalatus Salatin, hlm. 22)

Selain itu,  legenda turut berfungsi menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam.  Hal ini dapat dilihat daripada kisah Tok Senik di Beserah yang merupakan seorang pemimpin agama telah bertindak membuka Pekan Beserah setelah merantau dari satu tempat ke satu tempat di utara Semenanjung Tanah Melayu (Aripin Said, 1996: 57).

Kisah ini menunjukkan betapa pengaruh seorang pemimpin agama itu sangat memberi kesan yang besar kepada orang di sekelilingnya.  Hal ini demikian kerana, ketika Tok Senik datang ke pekan tersebut yang pada asalnya masih belum mempunyai nama, beliau terus mencadangkan nama Pekan Beserah kerana dikaitkan dengan kehidupan seorang Islam yang sentiasa berserah kepada Allah dalam apa-apa jua perkara.  Kisah ini juga telah dibawa turun-temurun oleh rakyat tempatan dan dipercayai ramai.  Pada masa yang sama, perkara ini juga sebenarnya mampu mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa bercorak sejarah.

Selanjutnya, legenda juga direka adalah untuk menonjolkan tokoh-tokoh legenda.  Sebagai contoh, watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.  Hang Tuah diceritakan dan dilambangkan sebagai seorang yang sangat gagah perkasa. Sebagai buktinya, dia dapat mengalahkan orang Jawa yang mengamuk dan kemudiannya dilantik menjadi laksamana (Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim, 1986: 162).  Sehubungan dengan itu, perihebatnya tokoh ini di mata masyarakat telah digambarkan dalam Sejarah Melayu:
“Adapun akan Laksamana Hang Tuah barang tempat ia pergi, gegak-gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap lakunya.  Jika ia peseban, peseban gempar; jika ia di panggungan, panggungan gaduh dan segala perempuan Jawa anak-anak dara, jikalau ia berjalan ke pasar atau barang ke mana, banyaklah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di dalam pangkuan lakinya itu pun bangun hendak melihat Hang Tuah; itulah dipantunkan Jawa…”
Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menonjolkan tokoh Hang Tuah itu sendiri sekaligus mengangkat watak tersebut.

 Fungsi legenda yang seterusnya adalah untuk memberikan hak legalisasi terhadap raja-raja yang berkenaan (Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim, 1986: 163).  Berhubung dengan hal ini, perihal menghubungkan tokoh-tokoh bersejarah dengan tokoh-tokoh legenda zaman dahulu sebenarnya bukanlah dibuat secara kebetulan, sebaliknya ada kepentingannya yang tersendiri, iaitu untuk kepentingan politik.

Keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa tokoh-tokoh sejarah yang dihubungkaitkan  dengan unsur-unsur legenda ini ialah raja-raja sendiri.  Hal ini demikian kerana, mereka berpendapat adalah menjadi haknya merajai sesebuah kerajaan kerana keturunannya sendiri berasal daripada raja-raja, baik raja tersebut muncul dalam bentuk mitos mahupun legenda.  Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986: 163), raja-raja ini berpendapat mereka bukan daripada manusia biasa dan dijadikan daripada hukum akal dan bersifat biologis.
 Di samping itu, legenda turut berfungsi untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat Melayu.  Hal ini sangat penting bagi memastikan kelestarian cerita-cerita terdahulu yang boleh dijadikan panduan buat generasi terkemudian baik sebagai hiburan, pengetahuan mahupun peringatan.  Hal ini dapat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah yang mengisahkan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat.  Kisah ini secara tidak langsung dapat membuatkan orang ramai memperingati peristiwa tersebut dan dibawa turun-temurun dari generasi ke generasi.

 Akhir sekali, legenda juga berfungsi menceritakan salasilah raja-raja.  Hal ini dapat dibuktikan melalui Hikayat Raja-raja Pasai, iaitu mengenai salasilah Merah Silau atau Sultan Malikul Saleh, yakni nama baginda selepas memeluk Islam.  Pada awal hikayat ini ada disebutkan tentang salasilah Merah Silau dari awal yang bermula daripada kisah Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang masing-masing menjumpai seorang kanak-kanak (Puteri Betung) daripada buluh betung dan seorang lagi dijumpai bersama-sama dengan seekor gajah (Merah Gajah).  Setelah kedua-dua mereka membesar, mereka pun dikahwinkan dan dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Merah Silau dan Merah Hasum (Russell Jones, 1997).

 Secara umumnya, legenda-legenda ini sengaja diwujudkan dengan tujuan-tujuan tertentu yang dihubungkan dengan seseorang tokoh, raja, pahlawan, ulama dan sebagainya.  Pelbagai sanjungan diberikan kepada individu-individu tersebut.  Di samping itu, sanjungan tersebut pula lahir sesuai dengan fungsinya yang berfungsi memperbesar-besarkan taraf, keturunan dan kedudukan raja yang disanjung.


Bahagian I
Tokoh legenda: Iskandar Zulkarnain

“…Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. Lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap baginda dengan hidupnya Raja Kida Hindi itu; maka disuruh oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi Islam, dalam agama Nabi Ibrahim...”
“…bahawa anakku yang tiada taranya seorang pun anak raja-raja pada zaman ini, itulah hendak aku persembahkan kepada Raja Iskandar;…”
                                                         ( Sulalatus Salatin: hlmn 4 )

Tokoh legenda: Hang Tuah

“ …Tuanku, yang kegemaran paduka baginda itu, jikalau ada budak laki-laki yang baik rupanya dan sikap serta dengan beraninya, itulah kegemaran paduka baginda…”

 “…Maka didengarinya, ada anak Raja Bajung yang terlalu baik rupanya dan sikapnya, bapanya sudah mati. Maka segala juak-juak itu pun pergilah ke Bajung…”

                                                                                                                  ( Sulalatus Salatin: hlmn 103 )

 “…Tiada tuanku, raja Mengkasar bertanya kepada patik akan kegemaran duli tuanku, maka patik katakan gemar akan budak yang baik rupa…Maka baginda pun suka, serta Seri Bija Pikrama dipuji baginda. Maka Daeng Mempawah itu dinamai baginda Hang Tuah, itulah asal Hang Tuah;…”
                                                                                                                  ( Sulalatus Salatin: hlmn 105 )


Bahagian II
Mitos: Singapura dilanggar todak

“…Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Katib pun dibawa orang akan dibunuh, hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; disanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah…”
 “…maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Katib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah harga bikangnya;…”
                                                                                                                ( Sulalatus Salatin: hlmn 67 )

 “…Ada diceritakan orang, badan Tuan Jana Katib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang di sana…”
                                                                                                                 ( Sulalatus Salatin: hlmn 68 )


Mitos: Peminangan Puteri Gunung Ledang

“…Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya, naik ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad dengan dua orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup; maka awan pun seperti dapat dicapai lakunya, dan bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang dengan suatu taman, terlalu indah perbuatannya…”
                                                                                                                 ( Sulalatus Salatin: hlmn 213 )

 “… maka dilihatnya serba bunga yang ada di dalamnya pelbagai jenis, dan buah-buahan yang ada di dalam dunia ini adalah di taman itu, sekaliannya lengkap dengan jambangannya, pelbagai rupa jambangannya. Setelah segala mergastua dan segala kayu-kayuan di dalam hutan itu melihat Tun Mamad datang, maka segala burung itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya; ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam; maka limau manggar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima pun tersenyum; maka bunga air mawar pun berpantun serta berseloka…”
                                                                                                                  ( Sulalatus Salatin: hlmn 214 )



Wednesday, 30 May 2018

UNSUR-UNSUR TERTENTU


UNSUR-UNSUR TERTENTU DI DALAM SULALATUS SALATIN

UNSUR HUMOR
konteks karya sastera, humor dimaksudkan “semacam kelucuan atau kejenakaan yang dapat menimbulkan gelak ketawa kepada orang yang mendengar atau melihatnya.”
Hashim Awang berkata dalam bukunya “Glosari Mini Kesusasteraan”, Fajar Bakti, 1987, halaman 34 memberi pengertian humor itu sebagai :
“Kelucuan atau kejenakaan yang boleh menimbulkan rasa senang atau keseronokan.”

Peristiwa-peristiwa humor dalam sulalatus salatin

1. Unsur humor yang timbul daripada perlakuan, sikap dan tutur kata yang biasa(ringan) dan membawa kesan lelucon dan geli hati.
Contoh peristiwa : (hlmn 145-147)
Sifat dan watak Tun Mai Ulat Bulu yang melucukan

2. Unsur humor yang bertujuan menunjukkan kekuatan dan kelebihan sesuatu          golongan mengatasi golongan yang lain.
Contoh peristiwa : (hlmn 133)
Utusan Melaka di China : Makan Kangkung tidak dikerat untuk melihat wajah Maharaja China

3. Unsur humor yang timbul daripada ujian untuk menunjukkan kepandaian mental.
Contoh peristiwa : (hlmn 45)
Cedun Pawang Antan menarah licin rambut budak dengan sebilah beliung

4. Unsur humor yang timbul dari kata-kata yang mengandungi kiasan dan sindiran yang amat tajam.
Contoh peristiwa : (hlmn 93)
“Bagaimana maka datuk hendak beristeri, kerana datuk pun sudah tua, bulu mata dan bulu kening telah putih?”

5. Unsur humor bertujuan merendah-rendahkan kebolehan orang lain dan membawa kesan yang mendalam kepada pihak yang terkena.
Contoh peristiwa : (hlmn 112)
Tun Bijaya Sura disuruh memakai cara Jawa oleh Betara Majapahit


 UNSUR LAGENDA

Lagenda ialah jenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang satu-satu tokoh, peristiwa atau tempat tertentu yang dipercayai pernah wujud atau berlaku. Oleh itulah penceritaannya bercampur Antara fakta sejarah dengan mitos. (Hashim Awang, Glosari Kesusasteraan, hlm 56)

Mengikut Yusoff Iskandar, Sebuah cerita atau tokoh dianggap lagenda adalah kerana:
 Kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu yang berkemungkinan pernah hidup dalam sejarah.

Tokoh itu kebiasaannya dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungan dengan kekuatan politik dan agama.
Keunggulan tokoh sering dihubungkan dengan watak-watak yang istimewa dan bersifat “supernatural”, gagah, berani, kuat, pintar dan bijak.
Tokoh itu pula tersangat masyur dalam sejarah tempatan sesuatu masyarakat.
Lagenda dimegahi bahkan kerap juga diteladani oleh masyarakat setempatnya.
Menjadi milik seluruh anggota masyarakat.
 Masyarakat tempatan percaya bahawa tokoh-tokoh itu wujud atau pernah hidup tanpa mengira sama ada kewujudannya boleh dibuktikan atau tidak

Terdapat fungsinya yang tersendiri, iaitu bertujuan untuk ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu. Lagenda ini juga bertujuan untuk menunjukkan kemegahan dan kebesaran Melaka sebagai sebuah politik terbesar di rantau ini menjadi kebanggaan orang-orang Melayu.



UNSUR AGAMA (ARAB)

Unsur-unsur keagamaan dalam “Sulalatus Salatin” ini dikaji mengikut aspek-aspek seperti berikut :


1. Kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka

2. Perkembangan Agama di Melaka. Perkembangan ini melalui pembelajaran agama dan Tasawuf oleh Sultan-sultan dan Pembesar Melaka. Mereka ialah
Sultan Mansur Shah
Sultan Mahmud Shah
Raja Ahmad
Bendahara Paduka Raja

3. Hubungan Melaka – Pasai

Contoh peristiwa yang terlibat ialah
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah
4. Unsur keagamaan ini juga boleh dilihat dari segi karya-karya Kesusasteraan Islam yang terdapat di Melaka.

5. Terdapat juga beberapa tokoh pedagang Arab yang datang ke Melaka:
I. Tun Jana Khatib
II. Maulana Jalalu’din-Din
III. Saidi Arab
IV. Maulana Yusuf
V. Kadi Menawar
VI. Makhdum Sadar Jahan
VII. Maulana Abu Bakar

6. Terdapat juga unsur-unsur wasiat

7. Dalam “Sulalatus Salatin” ini juga terdapat ayat-ayat Al-quran dan hadis, puisi, syair Arab.

8. Teknik penulisan “Sulalatus Salatin” juga menjadi aspek penting pada unsur keagamaan pada zaman Melaka.


UNSUR KEMANUSIAAN


Kemanusiaan bermaksud perihal manusia atau membawa makna yang menunjukkan sifat-sifat manusia . sifat-sifat manusia ini meliputi perkara yang baik dan penuh dengan nilai- nilai murni. Ia juga mempunyaisifat yang berlawanan dengan sifat positif seperti sifat negatif yang berkaitan hawa nafsu dan keburukan seseorang.


POSITIF (Berperikemanusiaan)
Nilai-nilai Murni
Sifat yang menunjukkan kebaikan

NEGATIF (Tidak Berperikemanusiaan)
Perkara yang mendatangkan keburukan
Sifat kejam, iri hati, hasad dengki dll.

UNSUR SEJARAH

Kedatangan islam merupakan peristiwa sejarah. Peristiwa yang benar-benar berlaku mengikut tahun tempat dan waktu dalam fakta sejarah. Ini melibatkan permulaan sebelum dan selepas kedatangan islam di tanah melayu sehingga raja memeluk islam yang dimitoskan.


PERKEMBANGAN AGAMA DI MELAKA : BELAJAR AGAMA

1) SULTAN MANSUR SYAH
Maulana Abu Bakar membawa kitab Darul Mazium ke Melaka (kitab ditulis dalam tiga bahasa)
Sultan memberi sambutan /memuliakan -kitab diarak ke balairiung
Sultan berguru pada Maulana Abu Bakar . terang hati dapat banyak ilmu.

2) RAJA AHMAD
Berguru kepada Makhdum Sadar Jahan (belajar mengaji dan berlagu serta belajar mengenai ilmu agama)
sangat dimuliakan oleh orang-orang istana.


UNSUR MITOS

Mitos ialah sejenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk dan peristiwa-peristiwa luar biasa yang tidak rasional atau yang tidak dapat diterima oleh akal biasa.
Sesebuah cerita itu dapat digolongkan sebagai cerita metos kerana mempunyai ciri-ciri tersebut :

Cerita tentang asal-usul kejadian sama ada :
a. Asal-usul kejadian makhluk
b. Asal-usul kejadian manusia
c. Asal-usul kejadian tempat
d. Asal-usul kejadian alam
Cerita berkait dengan gejala asal-usul yang dapat memberi jawapan terhadap mengapa sesuatu hal itu berlaku atau terjadi demikian.


Jenis-jenis mitos dalam Sulalatus Salatin
i. Mitos asal-usul keturunan raja-raja
ii. Mitos asal-usul nama tempat atau sesebuah negeri
iii. Mitos asal-usul kedatangan Islam
iv. Mitos berhubung dengan sesuatu peristiwa aneh dan ajaib

Mitos asal-usul nama tempat atau sesebuah negeri

Biasanya pemberian nama tempat dikaitkan dengan binatang-binatang yang tertentu, biasanya binatang yang aneh atau luar biasa. Nama-nama tempat juga dikaitkan dengan benda-benda atau kejadian.
Contoh peristiwa :

Asal-usul Melaka
Nama Melaka sempena dari nama sebatang pokok yang bernama Melaka. Pemberian nama tempat yang dibuka untuk dijadikan negeri itu berkait dengan kejadian ganjil. Raja Iskandar melihat seekor pelanduk putih yang sangat gagah dan berani telah menendang seekor anjing perburuan hingga jatuh ke sungai. Melihat keberanian dan keajaiban pelanduk putih, Raja Iskandar membuka tempat di situ dengan diberi nama Melaka.

Lain-lain nama tempat dan negeri yang dikaitkan dengan cerita mItos ialah Tanjung Batu, Padang Maya, Sungai Bersisik, Kota Buruk dan Biawak Busuk.

ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...