UNSUR-UNSUR TERTENTU DI DALAM SULALATUS SALATIN
UNSUR HUMOR
konteks karya sastera, humor
dimaksudkan “semacam kelucuan atau kejenakaan yang dapat menimbulkan gelak
ketawa kepada orang yang mendengar atau melihatnya.”
Hashim Awang berkata dalam bukunya
“Glosari Mini Kesusasteraan”, Fajar Bakti, 1987, halaman 34 memberi pengertian
humor itu sebagai :
“Kelucuan atau kejenakaan yang
boleh menimbulkan rasa senang atau keseronokan.”
Peristiwa-peristiwa humor dalam
sulalatus salatin
1. Unsur humor yang timbul daripada
perlakuan, sikap dan tutur kata yang biasa(ringan) dan membawa kesan lelucon
dan geli hati.
Contoh peristiwa : (hlmn 145-147)
Sifat dan watak Tun Mai Ulat Bulu
yang melucukan
2. Unsur humor yang bertujuan
menunjukkan kekuatan dan kelebihan sesuatu golongan mengatasi golongan yang
lain.
Contoh peristiwa : (hlmn 133)
Utusan Melaka di China : Makan
Kangkung tidak dikerat untuk melihat wajah Maharaja China
3. Unsur humor yang timbul daripada
ujian untuk menunjukkan kepandaian mental.
Contoh peristiwa : (hlmn 45)
Cedun Pawang Antan menarah licin
rambut budak dengan sebilah beliung
4. Unsur humor yang timbul dari
kata-kata yang mengandungi kiasan dan sindiran yang amat tajam.
Contoh peristiwa : (hlmn 93)
“Bagaimana maka datuk hendak
beristeri, kerana datuk pun sudah tua, bulu mata dan bulu kening telah putih?”
5. Unsur humor bertujuan
merendah-rendahkan kebolehan orang lain dan membawa kesan yang mendalam kepada
pihak yang terkena.
Contoh peristiwa : (hlmn 112)
Tun Bijaya Sura disuruh memakai
cara Jawa oleh Betara Majapahit
UNSUR LAGENDA
Lagenda ialah jenis cerita rakyat
yang mengisahkan tentang satu-satu tokoh, peristiwa atau tempat tertentu yang
dipercayai pernah wujud atau berlaku. Oleh itulah penceritaannya bercampur
Antara fakta sejarah dengan mitos. (Hashim Awang, Glosari Kesusasteraan, hlm
56)
Mengikut Yusoff Iskandar, Sebuah
cerita atau tokoh dianggap lagenda adalah kerana:
Kisah mengenai keperibadian dan keunggulan
dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu yang
berkemungkinan pernah hidup dalam sejarah.
Tokoh itu kebiasaannya dikaitkan
dengan tokoh-tokoh yang ada hubungan dengan kekuatan politik dan agama.
Keunggulan tokoh sering dihubungkan
dengan watak-watak yang istimewa dan bersifat “supernatural”, gagah, berani,
kuat, pintar dan bijak.
Tokoh itu pula tersangat masyur
dalam sejarah tempatan sesuatu masyarakat.
Lagenda dimegahi bahkan kerap juga
diteladani oleh masyarakat setempatnya.
Menjadi milik seluruh anggota masyarakat.
Masyarakat tempatan percaya bahawa tokoh-tokoh
itu wujud atau pernah hidup tanpa mengira sama ada kewujudannya boleh
dibuktikan atau tidak
Terdapat fungsinya yang tersendiri,
iaitu bertujuan untuk ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu.
Lagenda ini juga bertujuan untuk menunjukkan kemegahan dan kebesaran Melaka
sebagai sebuah politik terbesar di rantau ini menjadi kebanggaan orang-orang
Melayu.
UNSUR AGAMA (ARAB)
Unsur-unsur keagamaan dalam
“Sulalatus Salatin” ini dikaji mengikut aspek-aspek seperti berikut :
1. Kemasukan Islam ke Pasai dan
Melaka
2. Perkembangan Agama di Melaka.
Perkembangan ini melalui pembelajaran agama dan Tasawuf oleh Sultan-sultan dan
Pembesar Melaka. Mereka ialah
Sultan Mansur Shah
Sultan Mahmud Shah
Raja Ahmad
Bendahara Paduka Raja
3. Hubungan Melaka – Pasai
Contoh peristiwa yang terlibat
ialah
Semasa pemerintahan Sultan Mansur
Shah
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud
Shah
4. Unsur keagamaan ini juga boleh
dilihat dari segi karya-karya Kesusasteraan Islam yang terdapat di Melaka.
5. Terdapat juga beberapa tokoh
pedagang Arab yang datang ke Melaka:
I. Tun Jana Khatib
II. Maulana Jalalu’din-Din
III. Saidi Arab
IV. Maulana Yusuf
V. Kadi Menawar
VI. Makhdum Sadar Jahan
VII. Maulana Abu Bakar
6. Terdapat juga unsur-unsur wasiat
7. Dalam “Sulalatus Salatin” ini
juga terdapat ayat-ayat Al-quran dan hadis, puisi, syair Arab.
8. Teknik penulisan “Sulalatus
Salatin” juga menjadi aspek penting pada unsur keagamaan pada zaman Melaka.
UNSUR KEMANUSIAAN
Kemanusiaan bermaksud perihal
manusia atau membawa makna yang menunjukkan sifat-sifat manusia . sifat-sifat
manusia ini meliputi perkara yang baik dan penuh dengan nilai- nilai murni. Ia
juga mempunyaisifat yang berlawanan dengan sifat positif seperti sifat negatif
yang berkaitan hawa nafsu dan keburukan seseorang.
POSITIF (Berperikemanusiaan)
Nilai-nilai Murni
Sifat yang menunjukkan kebaikan
NEGATIF (Tidak Berperikemanusiaan)
Perkara yang mendatangkan keburukan
Sifat kejam, iri hati, hasad dengki
dll.
UNSUR SEJARAH
Kedatangan islam merupakan
peristiwa sejarah. Peristiwa yang benar-benar berlaku mengikut tahun tempat dan
waktu dalam fakta sejarah. Ini melibatkan permulaan sebelum dan selepas
kedatangan islam di tanah melayu sehingga raja memeluk islam yang dimitoskan.
PERKEMBANGAN AGAMA DI MELAKA :
BELAJAR AGAMA
1) SULTAN MANSUR SYAH
Maulana Abu Bakar membawa kitab
Darul Mazium ke Melaka (kitab ditulis dalam tiga bahasa)
Sultan memberi sambutan /memuliakan
-kitab diarak ke balairiung
Sultan berguru pada Maulana Abu
Bakar . terang hati dapat banyak ilmu.
2) RAJA AHMAD
Berguru kepada Makhdum Sadar Jahan
(belajar mengaji dan berlagu serta belajar mengenai ilmu agama)
sangat dimuliakan oleh orang-orang
istana.
UNSUR MITOS
Mitos ialah sejenis cerita rakyat
yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk dan peristiwa-peristiwa luar
biasa yang tidak rasional atau yang tidak dapat diterima oleh akal biasa.
Sesebuah cerita itu dapat
digolongkan sebagai cerita metos kerana mempunyai ciri-ciri tersebut :
Cerita tentang asal-usul kejadian
sama ada :
a. Asal-usul kejadian makhluk
b. Asal-usul kejadian manusia
c. Asal-usul kejadian tempat
d. Asal-usul kejadian alam
Cerita berkait dengan gejala
asal-usul yang dapat memberi jawapan terhadap mengapa sesuatu hal itu berlaku
atau terjadi demikian.
Jenis-jenis mitos dalam Sulalatus
Salatin
i. Mitos asal-usul keturunan
raja-raja
ii. Mitos asal-usul nama tempat
atau sesebuah negeri
iii. Mitos asal-usul kedatangan
Islam
iv. Mitos berhubung dengan sesuatu
peristiwa aneh dan ajaib
Mitos asal-usul nama tempat atau
sesebuah negeri
Biasanya pemberian nama tempat
dikaitkan dengan binatang-binatang yang tertentu, biasanya binatang yang aneh
atau luar biasa. Nama-nama tempat juga dikaitkan dengan benda-benda atau
kejadian.
Contoh peristiwa :
Asal-usul Melaka
Nama Melaka sempena dari nama
sebatang pokok yang bernama Melaka. Pemberian nama tempat yang dibuka untuk
dijadikan negeri itu berkait dengan kejadian ganjil. Raja Iskandar melihat
seekor pelanduk putih yang sangat gagah dan berani telah menendang seekor
anjing perburuan hingga jatuh ke sungai. Melihat keberanian dan keajaiban
pelanduk putih, Raja Iskandar membuka tempat di situ dengan diberi nama Melaka.
Lain-lain nama tempat dan negeri
yang dikaitkan dengan cerita mItos ialah Tanjung Batu, Padang Maya, Sungai
Bersisik, Kota Buruk dan Biawak Busuk.
Blog yg sangat menarik dan mudah difahami
ReplyDeletemaklumat yg diberikan berguna sangat .tq
ReplyDeleteSangat padat dan ringkas. tahniah.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat menarik.. Salah satu unsur yang ada dalam sejarah melayu. . Tahniah👍
ReplyDeleteBlog yang sangat menarik untuk dibaca.. Tahniah
ReplyDeleteTerima kasih..bagusnya, banyak info yang saya perolehi..semuanya sudah tersedia dalam blog ni👍👍👍
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian dan blog yang menarik.
ReplyDeleteSangat jelas dan padu..
ReplyDeleteInfo yg menarik .tpi perlu diperbaiki layout design blog .
ReplyDeleteT.kasih perkongsian yg jelas
ReplyDeleteT.kasih perkongsian yg jelas
ReplyDeleteTerima kasih. Perkongsian yang jelas
ReplyDeleteTahniah. Perkongsian yang bermanfaat
ReplyDeleteInfo yang menarik, sangat baik diketengahkan untuk bacaan umum kepada generasi sekarang.
ReplyDeleteterbaik ilmu bermanfaat
ReplyDeleteBlog yang penuh dengan ilmu sejarah Melayu.terima kasih diatas perkongsian saudara.
ReplyDeletemaklumat yang ringkas dan menarik
ReplyDelete