PERISTIWA DALAM BAB 10
Bendahara
Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda
Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.
Kedatangan
Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana
ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut
janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam
dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.
Setelah
kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung
Ledang.
Tun
Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya
Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang
perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan
untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Apabila
diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niat baginda
meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda
baginda. :
Orang-orang
Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka
ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang
Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang
Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.
Hang
Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang
Isap disumpah oleh seorang wali.
Sultan
Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang
diingini baginda.
Hang
Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.
No comments:
Post a Comment