PERISTIWA DALAM BAB 2
Anak-anak
Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan,
NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia menaiki lembu
putih.
Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang
pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya
menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.
Terjadi
perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran.
Lembu
putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu
seorang lelaki, yang diberi nama Batala.
Pahlawan
menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung
Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.
Nila
Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang
Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai
untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna
Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal.
Seri
Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri
Beni sebagai anak angkat.
Seri
Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri:
Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.
Kenaikan
Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda
setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Seri
Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama
singa.
Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan
Seri Beni.
No comments:
Post a Comment