PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5
Sultan
Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.
Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama
anak isteri mereka sekali.
Awi
Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.
Tun
Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah; satu berpihak
kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini membimbangkan
Sultan Muzaffar Syah.
Sultan
Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara
Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.
Tun
Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali
menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari.
Siam
menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak
meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu
membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.
Tuan
Saidi Arab memanah Cau Panden dari
Melaka. Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam.
Sultan
Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Sultan
Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera Pura.
Raja
Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu
Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan
Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera
serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.
Orang
tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam.
Tun
Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga
berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari
mati.
No comments:
Post a Comment