PERISTIWA DALAM BAB 4
Tuan
Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana
raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua.
Paduka
Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja
menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan
badannya ghaib ke Lengkawi.
Todak
menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkan agar
digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan
kejayaan.
Budak
itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika
nanti.
Paduka
Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.
Anak
Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula
oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan tindakan
Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia
membantu Majapahit.
Singapura
dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu
Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.
Raja
Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk.
Raja
Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang
anjing perburuan. Peristiwa itu dilihat
dari bawah pokok Melaka.
Raja
Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda. Raja
Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula
oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden Tengah.
Syed
Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka.
Sultan
Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan
rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu
supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.
Mani
Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu
dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad
Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anak iaitu Raja
Kassim.
Sultan Muhammad
Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja
Ibrahim.
Selepas
kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran
Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana.
Raja
Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din
untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja
Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh.
Raja
Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak
Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya.
Seri
Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak
Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
No comments:
Post a Comment