PERISTIWA DALAM BAB 13
Bendahara
Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja
Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan
Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah
jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.
Bendahara
mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah
melihat kecantikan Tun Fatimah.
Ali
Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak
oleh beliau.
Anak-anak
buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar
kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah
dan meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu
kerana hari sudah petang.
Nina
Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini
dilihat oleh Si Kitul.
Si
Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar.
Raja
Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa
Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.
Laksamana
Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk
membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang berdendam dengan Bendahara
kerana Tun Fatimah.
Bendahara
Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh
oleh Sultan Mahmud.
Paduka
Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.
Tun
Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin
dengan Sultan Mahmud.
Sultan
Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan
Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
No comments:
Post a Comment