PERISTIWA DALAM BAB 12
Raja
Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri Maharaja
dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.
Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan
di Pahang. Terjadi peperangan antara
orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan.
Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh
kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara.
Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya
menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai
Petani dan menjadi raja di sana. Cau
Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan
memohonkan nobat.
Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk
fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi
menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan
Melaka.
Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan
Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana
Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi
beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab.
Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun
Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun
Hassan.
No comments:
Post a Comment