Wednesday, 30 May 2018

NILAI MASYARAKAT

Nilai Masyarakat 

1.      Keberanian
Watak Tun Husin yang merupakan anak kepada Tun Perpatih Hitam. Tun Husin yang berani menegakkan kebenaran dan mempertahankan maruah bapanya Tun Perpatih Hitam. Contohnya, Tun Husin sanggup dan berani berlawan dengan Laksamana demi mempertahankan bapanya daripada dibunuh oleh Laksamana. Tun Husin sanggup berlawan dengan Laksamana walaupun dia tahu bahawa dia akan mati di tangan Laksamana.

2.      Kesetiaan
Watak Laksamana dan Temenggung yang sentiasa ada dengan Bendahara Melaka ke mana sahaja Bendahara pergi. Laksamana dan Temenggung sangat setia dengan Bendahara. Mereka sanggup membunuh demi mempertahankan dan meenjaga keselamatan Bendahara. Contohnya, mereka sanggup membunuh Tun Husin dan Tun Perpatih Hitam demi menjaga keselamatan Bendahara Melaka itu. Bagi mereka, Bendahara merupakan orang yang penting di Melaka pada ketika itu.

3.      Bertanggungjawab
Contoh: Tun Mutahir, Bendahara Melaka menjalankan tanggungjawabnya sebagai bendahara dengan baik sekali. Dirinya disenangi oleh rakyat Melaka kerana sikapnya yang baik dan menjaga hal ehwal orang dagang.

4.      Kasih - Sayang
Contoh: Walaupun Sultan Mahmud Syah berkeinginan untuk memiliki Puteri Gunung Ledang dan mengutuskan Laksamana Hang Tuah untuk mendapatkan Puteri Gunung Ledang buatnya untuk dijadikan isteri. Namun, untuk mendapatkan Puteri Gunung Ledang  baginda perlu memenuhi permintaannya. Namun, kesemua yang disenaraikan dapat dituruti kecuali semangkuk darah anak baginda tidak dapat dipenuhi. Jelaslah baginda sangat menyayangi anaknya demi cinta baginda terpaksa ketepikan rasanya itu.

5.      Bijaksana
Kebijaksanaan penting dalam kepimpinan. Kebijaksanaan pemimpin mampu menjadikan sesebuah negeri itu lebih maju daripada yang lain. Hal ini dapat dilihat dalam kisah serangan Siam ke atas Melaka. Siam berniat untuk menyerang Melaka tetapi dengan kebijaksanaan Tun Perak, Siam telah tewas. Tun Perak menyuruh supaya memasang obor sekeliling pokok dan apabila tentera Siam datang, mereka terpedaya dengan menyangkakan bahawa tentera Melaka terlalu ramai.

6.      Nilai Menghormati Tetamu.
Nilai ini merupakan satu nilai yang wajar diterapkan dalam kalangan pemimpin. Dalam urusan negara dan politik , hubungan sesama ahli negara atau pemerintah haruslah dijaga dengan baik. Sultan Mahmud Syah menghormati tetamunya iaitu Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah. Baginda melayani tetamu dengan baik iaitu memberikan tempat tinggal dalam negeri dan mengahwinkan saudaranya dengan Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah.

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang begitu bermanfaat dan menarik ini. Tahniah

    ReplyDelete

ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...