Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai manusia atau
sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan
murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh
seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang
dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut
sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan
buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari
kedua-dua sudut di atas.
Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang
meng¬utamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil,
berbudi bahasa, berjasa, bertimbang-rasa,nasihat menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang
menge¬npikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat¬-sifat ini seperti
sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal,
curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.
Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat
dilihat daripada sudut;
i. Perbuatan atau
tingkah laku.
ii.
Kata-kata atau dialog watak.
Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan golon¬gan
raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu
adalah bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan
pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan
mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian
unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbin¬cangan di sini akan berkait secara
langsung dengan pengli¬batan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar) dengan
pemerintahnya.
KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1. Sejarah Melayu
menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang
mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka
mengu-tamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin
kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama
ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang
sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi
murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman
itu."
ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai
seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Ba¬ginda sanggup menyamar
sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang
dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju¬an mengatasi masalah
kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang
digam¬barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat
lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan ter¬lalu
sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."
2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah
satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang
berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan
peri¬badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali
keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja
Melaka) tetapi apabila di¬tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji
kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu
dengan kemuliaan budi Ben¬dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah
da-tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara
memaafkan Hang Tuah;
"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki
Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia
asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .
3. Berjasa dan Berbakti :
Dalam konteks pemerintahan feudal
raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan
menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan
dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi
anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga
seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran
tertentu.
3.1. Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam me¬nyerang
Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan
Tun Perak me¬nyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menye¬lamatkan
Melaka tanpa pertumpahan darah telah men¬dapat pengiktirafan yang tinggi
daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri
dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun
Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah
ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri
Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas
takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan di¬lantik
sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap
mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang
berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam
melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada
jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan
seluruh pahla¬wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi
menghadapi serangan Siam.
3.2. Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang
Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang
pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan.
Sungguh¬pun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur,
namun sebagai hamba Melayu yang taat dan ber¬pegang teguh pada konsep
"pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha
dan melaksana¬kan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang
telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun
Hang Jebat menderhaka ke¬rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah
me¬ngembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada
Sultan. Sejarah Melayu mencatat¬kan;
"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian
yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu
Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa¬mana" itu diarak keliling
negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja.
(Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta
utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menja¬linkan hubungan baik
antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi
persali¬nan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam
itu."
4. Sifat bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini jugs sa¬ngat jelas dalam beberapa tindakan yang
dibuat terutama¬nya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau
tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara
buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.
4.1. Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida
Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan,
begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah
di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi
nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam
peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi
kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi
memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2. Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah
menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat
diplomasi bagi menyelesaikan per¬sengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh
di Mela¬ka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus me¬ngorbankan
kepentingan diri demi untuk keutuhan keraja¬an dibawah pemerintahannya itu
telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka
seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan
pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan
pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak
Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh di¬plomasi itu juga telah
memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar
iaitu Tun Perak un¬tuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti
daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Pa¬duka Raja Tun Perak
sewaktu memegang jawatan tersebut.
4.3. Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan
sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan
Melaka. Dengan tindakan ba¬ginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan
rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesar pembesar negeri
yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih
bersungguh¬sungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman
berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang
tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menja¬min raja-raja di negeri jajahan Melaka
tidak mengguna¬kan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu
melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.4. Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang
raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat
tua, dengan pengalaman yang se-makin bertambah luas, baginda boleh membuat
pertimban¬gan yang lebih wajar. Di waktu usianya semakin bertambah, baginda
telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang
akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan
perbin¬cangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman.
Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan
menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakan-danya.
Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri
Maharaja dan keluarga yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya,
ba¬ginda turun dari takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat
di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat dan Pengajaran :
Nasihat menasihati
antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me¬ngatur kehidupan agar
tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan
tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke¬pada yang
lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas
kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban
kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah
kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis
wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.
5.1. Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah
Wasiat padapembesarnegeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya,
sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi
budak."
Wasiat pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak banyak ampun mu
akan segala hamba sahayamu, dan baik baik peliharamu akan dia,jikalau datang
kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka
dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggal-kan pekerjaan dunia, hendaklah engkau
sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu,
bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana
segala Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."
6. Keimanan dan Ketakwaan :
Sifat-sifat ini berkait dengan
amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketak¬waan manusia akan hidup
lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan
dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-¬episod seperti
;
6.1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada
guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri
Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.
6.2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir
Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan
kepada mereka yang me¬lakukan kesalahan mencuri.
6.3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan
saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama
Islam.
No comments:
Post a Comment