Wednesday, 30 May 2018

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA


Tema bagi cerita Hikayat Melayu atau Sulalatus Salatin ini mengisahkan tentang politik.  Contoh bagi tema politik ialah pengaruh pemerintahan negeri yang berkuasa menyebabkan desakan keinginan menguasai negeri tersebut. Sesebuah negeri yang mempunyai pengaruh dan kekuatan selalunya akan mendahului pemerintahan dan lebih berkuasa. Oleh itu, terdapat keinginan untuk merebut kekuasaan antara sebuah negeri dengan negeri lain. Contohnya, apabila Siam ingin menyerang Melaka yang merupakan sebuah negeri yang kuat pada suatu ketika dahulu.

PERSOALAN

PERSOALAN KESELURUHAN

1.     Bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan pengampunan.

2.     Menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.

3.     Kepintaran Bendahara Melaka.
Contoh: Bendahara Melaka iaitu Tun Perpatih Putih merupakan bendahara yang pintar  dan bijak bermain dengan  psikologi. Contohnya, ketika Tun Perpatih Putih dihantar oleh Sultan Mansur Syah ke Benua China dia telah menggunakan kepintarannya  dengan memberitahu bahawa orang Melaka ini makanannya adalah sayur kangkung jangan dikerat-kerat, dibelah sepanjang-panjangnya. Disebabkan kepintarannya menggunakan kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan dia dapat melihat rupa Raja China di dalam mungkur kaca di dalam mulut naga.

4.     Kepimpinan Melalui Teladan.
Contoh: Sultan Alaudin Ri’ayat Syah sendiri turun bersama Hang Isak dan Hang Siak menangkap pencuri yang semakin berleluasa di negerinya, sedangkan bendaharanya Seri Maharaja tidak menjalankan tanggungjawab kerana tidak berkawal pada malam hari dan menyebabkan pencuri masuk ke dalam negeri.

5.     Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk menentang musuh.
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam mempertahankan negeri daripada ancaman musuh.Sebagai contoh, sewaktu Siam menyerang Melaka, Tun Perak menyuruhkan semua anak dan isteri pahlawan untuk turun sekali berperang supaya dapat menaikkan semangat tentera Melaka untuk menghadapi Siam dan akhirnya Siam kalah.

6.     Kesetiaan pengikut terhadap tuannya
Sifat kesetiaan sangat penting dalam diri seseorang untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan pada orang lain.
Contohnya, Sidi Ali Ghiatuddin dan Sidi Samayuddin yang setia kepada tuannya iaitu Sultan Malik al-Zahir dan Sultan Malik al-Mansur sehingga Sultan Malik al-Mansur mangkat di sebelah kubur Sidi Samayuddin kerana terlalu menyayanginya.

7.     Peperangan dan penaklukan antara dua negeri
Peperangan yang terjadi ini melibatkan kuasa-kuasa pemerintahan pemimpin yang bijaksana sehingga bukan sahaja menawan negeri jajahan tetapi juga menawan anak isteri. Buktinya, Raja Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak ( Raja Lingga ). Kejayaan  Raja Inderagiri ( Raja Nara Singa ) ini pun menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.

8.     Silaturrahim antara adik – beradik
Hubungan silaturrahim merupakan hubungan yang harus dijaga walaupun tinggal berjauhan. Dalam salalat-al-Salatin, Paduka Tuan merupakan seorang abang yang atau saudara yang masih menjaga hubungan sesame saudaranya. Begitu juga sikap yang ditunjukkan oleh Tun Aria Bija al-Diraja terhadap hubungan persaudara. Tun Aria Bijaya al-Diraja bukan sahaja mengasihi Paduka Tuan dan menyambut kedatangannya Paduka Tuan dengan baik, tetapi juga Tun Aria Bijaya al-Diraja juga sayang dan ingat akan adiknya adinda Sabtu. Oleh itu, Tun Aria Bijaya asyik bertanya keberadaan dan kehadiran adindanya kepada Paduka Tuan. Jelasnya, hubungan sesame saudara tidak akan terputus jika dijaga dengan baik.

PERSOALAN MENGIKUT BAB

BAB 1

PERSOALAN
CONTOH
Perkahwinan dapat mewujudkan salasilah sesebuah jurai keturunan yang panjang
Iskandar Zulkarnain telah mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu juga lahirlah Raja Suran sehingga Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki iaitu  Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama.
Untuk menakluki sesuatu tempat adalah melalui perkahwinan
Raja Suran menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina.
Usaha Raja Suran untuk menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina apabila baginda menghantar satu rombongan untuk menipu raja Suran iaitu menghantar rombongan meminang








BAB 2

PERSOALAN
CONTOH
Unsur sakti dan mitos menunjukkan kesaktian kuasa seseorang Raja
Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa. Ini menunjukkan bahawa jurai keturunan Raja-raja tidak lari daripada unsur sakti demi kepentingan jurai keturunan
Waad telah menyebabkan perkahwinan sesebuah pihak dengan pihak yang lain terbatas
Nila Utama atau Seri Teri Buana ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi ayahnya Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan di antara raja dengan rakyat. Maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin serta didapati bahawa isterinya itu tidak kedal (penyakit gatal-gatal).
Keunikan yang ada di sesuatu tempat sering diambil untuk menjadi nama sesebuah tempat dan kawasan yang stategik
Seri Teri Buana telah membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa seterusnya melambangkan kekuatan tempat itu.


BAB 3
PERSOALAN
CONTOH
Persoalan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya
Seri Teri Buana sanggup menghantar rombongan meminang ke benua Keling untuk anakanda baginda iaitu Raja Kecil Besar kerana kasih baginda sebagai seorang bapa.
Persoalan tanggungjwab seorang raja
Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira menjadi raja bagi menggantikan ayahanda baginda Seri Teri Buana yang mangkat. Beliau bertanggungjawab dengan melantik Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang untuk melancarkan pentadbiran negara
Persoalan kekuatan seorang pahlawan
Badang merupakan pahlawan yang kuat sehingga mampu mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra.
Persoalan bersabar dalam menghadapi penyakit
Merah Silu sabar ketika menghidap penyakit cacing gelang-gelang yang dihadapinya.
Persoalan ketika menamakan tempat
Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya
Persoalan taat setia dalam menurut perintah raja
Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu kerana taat setia terhadap rajanya.
Persoalan pergaduhan antara adik beradik
Sultan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur yang merupakan adiknya kerana Sultan Maliku'l-Mansur telah mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra dan berusaha untuk menangkapnya. 


BAB 4
PERSOALAN
CONTOH
Salah faham kuasa yang digunakan demi kepentingan diri
Paduka Seri Maharaja murka akan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian serta ilmunya itu di hadapan isteri baginda lalu Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Langkawi.
Fitnah dan hasad dengki menjadi kebiasaan tanpa menghiraukan kesannya
seorang budak lelaki telah mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan gagasannya menghasilkan kejayaan. Walaubagaimanapun, budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.
Keunikan sesuatu peristiwa menjadikan ianya diangkat sempena nama sesebuah kawasan
Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan suatu peristiwa iaitu seekor pelanduk putih telah menendang anjing perburuannya.


BAB 5
PERSOALAN
CONTOH
Kebijaksanaan dalam merancang strategi peperangan
Tun Perak sangat bijak dalam merancang strategi melawan serangan dari Siam. Tun Perak telah membawa angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali. Hal ini demikian kerana, untuk memberikan semangat kepada kaum lelaki untuk berjuang demi anal isteri mereka.
Pengorbanan seorang raja dalam mendamaikan permusuhan antara pembesar
Sultan Muzaffar Syah berkorban dengan menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan untuk mendamaikan Melaka yang pada ketika itu rakyatnya berpecah akibat permusuhan Tun Perak dan Seri Nara Diraja.
Kejayaan dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh raja
Sultan Mansur Syah berkeinginan untuk bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta  Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua yang menjadi utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.

       
BAB 6
PERSOALAN
CONTOH
Meluaskan pengaruh ke kawasan yang lain
Rombongan Melaka telah sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaiannya. Tun Bija Sura turut dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka. Akhirnya, Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana dan dapat meluaskan pengaruhnya di Majapahit.

Puteri Hang Liu pula telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Sultan Mansur Syah meluaskan pengaruhnya ke China pula.
Kesetiaan kepada raja
Semasa kuda Sultan telah jatuh ke dalam telaga tahi, ianya diselamatkan oleh Hang Tuah tanpa mengira keselamatan diri sendiri
Kepandaian pembesar diraja
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan sayur kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat


BAB 7
PERSOALAN
CONTOH
Kesetiaan kepada raja
Walaupun Hang Tuah pernah ‘dibunuh’ oleh Sultan Mansur Syah, tetapi dia tetap menurut perintah raja apabila diarahkan menewaskan Hang Jebat. Padahal Hang Jebat mahu menuntut bela ke atas pembunuhan Hang Tuah.
Bersungguh-sungguh menuntut ilmu
Semasa Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka, Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.
Persoalan mengelakkan balas dendam
Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.


BAB 8
PERSOALAN
CONTOH
Memberi nasihat kepada anak-anak sebelum meninggal dunia
Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.  Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.
Persoalan berusaha membanteras jenayah mencuri
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah melaksanakan undang-undang terhadap pencuri. Kesalahan mencuri akan dikudungkan tangan manakala di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Usaha mendamaikan dua kawasan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menitahkan pahlawan Melaka untuk menghalang orang-orang Haru yang mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Pertempuran hebat telah berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Walau bagaimanapun, telah berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.


BAB 9
PERSOALAN
CONTOH
Menurut perintah raja
Tun Jana Pakibul telah membunuh orang di Siak atas arahan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka.
Taat setia kepada raja
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah.
Menasihati golongan pemerintah
Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan beliau memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah.



BAB 10
PERSOALAN
CONTOH
Persoalan menuntut janji
Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya
Persoalan percintaan seorang raja
Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud telah menitahkan agar        dipinangkan Puteri Gunung Ledang
Persoalan kasih sayang terhadap keluarga
Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda
Persoalan kebijaksanaan pahlawan
Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi


BAB 11
PERSOALAN
CONTOH
Persoalan patuh akan arahan sultan
Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka
Persoalan tipu muslihat yang digunakan
Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan seorang perempuan tua tukang urut.
Persoalan merampas hak orang
Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.
Persoalan bijak mengambil kesempatan
Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.
Persoalan kecurangan seorang isteri
Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.


BAB 12
PERSOALAN
CONTOH
Peperangan antara negeri
Antara orang Peringgi dengan orang Melaka.
Belajar tentang agama Islam
Golongan atasan dan rakyat biasa yang mempelajari soal agama.


BAB 13
PERSOALAN
CONTOH
Pembesar amalkan sikap rendah diri
Bendahara Seri Maharaja tidak menunjukkan wajah anaknya Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud kerana merasakan darjatnya tidak sama dengan sultan.
Membuat fitnah tanpa usul periksa
Melihat perbuatan Nina Sura Dewana yang telah memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja
Si kitul telah membuat fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara Seri Maharaja kepada Raja Mendaliar
Amalan rasuah antara golongan pembesar
Raja Mendaliar telah merasuah dengan memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan lalu memberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja hendak menderhaka kepada Sultan Mahmud


BAB 14
PERSOALAN
CONTOH
Semangat berperang
Antara orang Melaka dengan orang Peringgi di negeri Melaka.
Percaya terhadap bacaan Hikayat Muhammad
Orang Melaka percaya akan bacaan Hikayat Muhammad dapat membantu mereka semasa beperang.
Kasih sayang terhadap anak
Perasaan kasih dan sayang Tun Fatimah terhadap anaknya Tun Ali.


BAB 15
PERSOALAN
CONTOH
Semangat berperang
Orang Melaka mempertahankan kedaulatan negeri daripada dikalahkan oleh orang lain.
Kasih sayang terhadap isteri
Kisah percintaan antara Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah dengan Raja Kesuma Dewi sehingga mereka bergelar suami isteri
Kasih sayang terhadap isteri
Kisah percintaan antara Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah dengan Raja Kesuma Dewi sehingga mereka bergelar suami isteri
Semangat dalam mentadbir sebuah negeri baru
Seperti Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah telah membuka negeri di Kuala Johor dan Raja Martgsur membuka negeri di Pasir Raja



No comments:

Post a Comment

ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...