Wednesday, 30 May 2018

LATAR DALAM SULALATUS SALATIN


LATAR
BAB 1

LATAR TEMPAT
CONTOH
Makaduniah, Rom
Tanah jajahan Raja Iskandar Zulkarnain
Negara Cina
Negeri yang mahu ditakluk oleh Raja Iskandar Zulkarnain
Temasik, negara Gangga Negara
Kawasan tawanan Raja Iskandar Zulkarnain

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang mengamalkan adat peminangan
 Raja Suran berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Melalui hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki iaitu  Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama
Masyarakat yang mementingkan penaklukan sesebuah negeri demi kepentingan diri
Raja Suran menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina. Dalam perjalanan itu, baginda juga sempat menawan negara Gangga Negara. Penaklukan ini dilakukan bagi meluaskan pengaruh sesebuah kerajaan dan juga meluaskan pengaruh ekonom yang sedia ada
Masyarakat yang mempunyai jurai keturunan yang kuat bagi melansungkan pemerintahan sesebuah negeri
Iskandar Zulkarnain telah mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu juga lahirlah Raja Suran sehingga Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak   lelaki iaitu  Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama



BAB 2

LATAR TEMPAT
CONTOH
Bukit Si Guntang
Tempat dimana Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih
Kerajaan Minangkabau
Kerajaan yang dirajakan oleh Nila Pahlawan
Temasik
Tempat Raja pertama Singapura ditabalkan iaitu Seri Teri Buana

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang berpegang kepada Waad
Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan di antara raja dengan rakyat
Masyarakat yang mengamalkan anak angkat
Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat
Masyarakat yang berpegang kepada ilmu kesaktian
Penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona supaya kekal berkerajaan di Minangkabau



BAB 3

LATAR TEMPAT
CONTOH
Benua Keling
Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar
Singapura
Kerajaan yang dirajakan oleh Nila Pahlawan Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang"
Semundra
. Merah Silu telah bermimpi bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang mengamalkan adat peminangan
Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar
Masyarakat yang mengamalkan sistem pentadbiran dalam kehidupan
Paduka Seri Pikrama Wira pula melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang
Masyarakat yang mempunyai pelbagai bakat
Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang"



BAB 4

LATAR TEMPAT
CONTOH
Singapura
Beberapa peristiwa penting berlaku di Singapura sehingga tercetusnya peperangan secara besar-besaran
Melaka
Peristiwa perebutan takhta dan juga kuasa banyak berlaku di sekitar negeri Melaka
Muar
Tempat Raja Iskandar Syah melarikan diri setelah Singapura dikalahkan oleh Majapahit

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang mempunyai kuasa sakti yang dapat menandingi kehebatan Raja
Tuan Jana Khatib telah menilik batang pinang sehingga terbelah dua sewaktu beliau lalu menghampiri istana Raja
Masyarakat yang terjebak dalam peperangan
Peperangan berlaku dan Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit lalu Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri telah bertukar menjadi batu
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
Seorang budak lelaki telah mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan gagasannya menghasilkan kejayaan dibunuh tanpa belas kasihan kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti



BAB 5

LATAR TEMPAT
CONTOH
Melaka
Sultan Muzaffar Syah telah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam. Awi Cakri pula telah menyerang Melaka tetapi beliau tidak dapat menewaskan Melaka
Inderapura
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang InderaPura
Siam
Sultan Mansur Syah berkeinginan untuk bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta  Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua yang menjadi utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang pandai dalam strategi peperangan.
Tun Perak turut membawa angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali
Masyarakat yang bijak dalam menghadapi masalah
Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan untuk mendamaikan Tun Perak dan Seri Nara Diraja
Masyarakat yang memegang jawatan kepimpinan
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakala Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari



BAB 6

LATAR TEMPAT
CONTOH
Melaka
Tempat asal Sultan Mansur Syah. Kebanyakan kisah berkaitan dengannya berkisarkan di Melaka

Tempat Hang Tuah dibunuh juga di Melaka
Majapahit
tempat di mana penyadap mahu menjadi Betara Majapahit tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada, maka satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara
China
Puteri Hang Liu pula telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang bijaksana
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih membuat helah agar dapat melihat wajah raja China setelah makan sayur kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat
Masyarakat yang setia terhadap raja
Pembesar diraja menurut perintah Sultan Mansur Syah iaitu Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pergi menghadap raja China menghantar sembah baginda



BAB 7

LATAR TEMPAT
CONTOH
Melaka
Kawasan pemerintahan Sultan Mansur Syah

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang taat kepada raja
Rakyat menurut perintah Sultan Mansur Syah dengan membina istana baharu untuknya apabila istana raja musnah dalam kebakaran.

ii) Masyarakat yang rajin belajar. Pembesar diraja turut mengikuti Sultan Mansur Syah yang berguru dengan Maulana Abu Bakar belajar tentang Kitab Duri’l Mazlum



BAB 8

LATAR TEMPAT
CONTOH
Cempa
Tempat asal Syah Indera Berma
Melaka
Negeri pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah setelah kemangkatan Sultan Mansur Syah

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang setia kepada sultan
Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula
Masyarakat yang hilang kesabaran
Raja Pahlawan dari Haru telah mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Oleh hal itu, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menitahkan pahlawan Melaka untuk menghalang orang-orang Haru. Pertempuran hebat telah berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Walau bagaimanapun, telah berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru



BAB 9

LATAR TEMPAT
CONTOH
Siak
Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka
Melaka
Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja
Manjong
Sultan Mahmud turut menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong
Kelantan
Seri Maharaja menyerang Kelantan atas arahan Sultan Mahmud

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
 Masyarakat yang saling membunuh
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.
 Masyarakat yang taat setia terhadap raja
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah



BAB 10

LATAR TEMPAT
CONTOH
Surabaya
Tempat asal Patih Adam
Melaka
Patih Adam ke Melaka dan menimbulkan krisis kerana ingin berkahwin dengan anak Seri Nara Diraja
Gunung Ledang
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia berangkat ke Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang
Inderagiri
Tempat asal Sutan Nara Singa
Benua Keling
Hang Nadim telah diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang berpegang pada janji
Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya



BAB 11

LATAR TEMPAT
CONTOH
Melaka
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda
Pahang
Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang suka mengambil hak orang lain
Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka
Masyarakat yang suka mengambil kesempatan
Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka



BAB 12

LATAR TEMPAT
CONTOH
Melaka
Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Maka Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat
Pahang
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas arahan raja Siam. Oleh hal yang demikian, maka Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang
Pasai
Sultan Mahmud turut menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang suka menyerang negeri orang lain
Orang Peringgi datang 2 kali untuk menyerang Melaka
Masyarakat yang mementingkan agama
Sultan dan rakyat biasa yang bergurukan seorang maulana untuk mempelajari soal agama
Masyarakat yang tidak menghormati golongan pembesa
Dua orang pembesar telah dibunuh kerana berkelakukan biadap di depan Bendahara



BAB 13

LATAR TEMPAT
CONTOH
Melaka
Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang merendah diri
Bendahara Seri Maharaja tidak menunjukkan anaknya Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud kerana merasakan darjatnya tidak sama
Masyarakat golongan atasan yang menyimpan dendam
Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara Seri Maharaja kerana tidak menunjukkan kepadanya terdahulu wajah Tun Fatimah
Masyarakat yang mengamalkan amalan rasuah
Raja Mendaliar telah merasuah Laksamana Khoja Hassan lalu mmemberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja hendak menderhaka kepada sultan
Masyarakat yang suka membuat fitnah
Si kitul telah membuat fitnah terhadap Bendahara Seri Maharaja bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara Seri Maharaja
Masyarakat yang tidak taat kepada suami
Tun Fatimah tidak pernah senyum dan menggugurkan kandungannya setelah berkahwin dengan Sultan Mahmud



BAB 14

LATAR TEMPAT
CONTOH
Melaka
Peringgi mula menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal
Pahang
Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud akhirnya melarikan diri hingga ke Pahang
Bintan
Peringgi menyerang Bintan.
Kampar
Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang masih berperang
Antara orang Peringgi dengan orang Melaka di negeri Melaka
Masyarakat yang mempunyai kepercayaan
Orang Melaka telah membaca sebuah Hikayat Muhammad sebelum beperang yang dipercayai boleh membantu semasa berperang
Masyarakat yang tidak mampu pertahankan negeri
Sultan Mahmud telah melarikan diri ke Kampar setelah diserang oleh orang Peringgi



BAB 15

LATAR TEMPAT
CONTOH
 Kampar
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah meninggalkan Kampar menuju ke Pahang serta berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah
Seluyut
Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut
Negeri di Batu Sawar
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar 
Negeri Makam Tauhid
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Makam Tauhid

LATAR MASYARAKAT
CONTOH
Masyarakat yang sering berpindah negeri dan buka negeri baru
Seperti Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah telah membuka sebuah negeri di Kuala Johor dan Raja Martgsur telah berpindah ke negeri di Pasir Raja dan menjadi pemerintah negeri tersebut
Masyarakat yang saling mencintai
Perhubungan antara Sultan Alaud’Din Ri’ayat Syah dengan isterinya Raja Kesuma Dewi sehingga mereka bergelar suami isteri dan mempunyai seorang anak
Masyarakat yang sering kali bertukar pemerintah
Seperti pemerintahan di negeri Melaka yang bertukar-tukar sultan untuk memerintah kerana adanya sultan yang melarikan diri atau turun takhta

Tokoh Tun Seri Lanang

TUN SERI LANANG





Latar Belakang

Tun Sri Lanang adalah nama timang-timangan yang diberikan kepada Tun Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Beliau kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor yang mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan seramai ribuan orang yang mengikut beliau ke sana. Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama Baginda dan diberi delaran ‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang’. Beliau telah mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh. Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dimakamkan di sana. Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga kini pun kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu agama.

Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612 Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.

Mengarang Sejarah Melayu

Tun Sri Lanang mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya sebagai Bendahara Kerajaan Johor. Beliau disifatkan sebagai seorang yang kreatif, berpengetahuan luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, peraturan dan adat istiadat Melayu. Karya terunggul beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja. Karya Sulalatus Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat Melayu awal.
Karya ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya. Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan begitu teliti dan kemas. Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik Sejarah’ kerana naskhah tersebut didakwa bukan naskhah asal karangan Tun Sri Lanang tetapi kandungannya adalah daripada Hikayat Melayu yang diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak Sri Askar Raja, Patani. Hikayat itu dikatakan telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas titah Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III yang akhirnya menjadi Sulalatus Salatin. Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya. Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.
Karya Sulalatus Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R. O. Winstedt. Namun, pendapat beliau di bantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar Negara. Menurut Teuku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus Salatin. Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskhah Melayu itu bukanlah penyalin dalam erti kata yang sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali. Penyalin juga boleh dianggap pengarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih, serta mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Jika dilihat semula pada mukadimah yang ditulis  oleh Tun Sri Lanang dalam kitab Sulalatus Salatin, Teuku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar penyalin bahkan merupakan penulis asal karya tersebut.

Syeikh Nuruddin al-Raniri juga turut menjadikan Sejarah Melayu sebagai rujukan utama dalam penulisan karyanya iaitu Bustanatus Salatin (Taman Raja-raja) yang ditulis pada tahun 1637-1641. Beliau merupakan seorang ulama, penulis terkenal di Nusantara dan juga sahabat akrab Tun Sri Lanang, turut memetik banyak perkara daripada Sejarah Melayu, Bab II fasal 12 yang berbunyi seperti berikut:

“Kata Bendahara Paduka Raja Tun Sri Lanang yang mengarang kitab misrat Sulalatus Salatin, ia mendengar daripada bapanya, ia mendengar daripada nenek dan datuknya, tatkala ada hijrat al Nabi SAW seribu dua puluh esa, pada bulan Rabiul Awal pada hari ahad, a mengarang hikayat pada menyatakan segala raja-raja kerajaan di negeri Melaka, johor, Pahang dan meyatakan bangsa dan salasilah mereka itu daripada Sultan Iskandar Zulkarnain…”

Pendapat itu juga disokong oleh penulis buku Sejarah Johor, Buyong Adil yang menyatakan:

“Tun Sri Lanang selalu berguru daripada ulama terkenal di Aceh seperti Nuruddin al-Raniri, Tun Aceh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani. Dengan itu, Syeikh Nuruddin al-Raniri tentu amat mengenali Tun Sri Lanang”.

Abdul Samad Ahmad juga dalam Sulalatus Salatin versi beliau, turut membangkang pendapat R. O. Winstedt dengan hujah-hujah yang kukuh. Beliau berasa hairan dengan Winstedt yang beria-ia menafikan Tun Sri Lanang sebagai penulis dan penyusun Sulalatus Salatin sedangkan Winstedt sendiri ada menyatakan dalam mukadimah edisinya yang berbunyi:

“…Demikian bunyinya titah Yang Maha Mulia itu, bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara, peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya…..Bendahara yang disebutkan itu tentunya bukan Tun Bambang….”

Beliau juga menambah, Tun Sri Lanang menulis karya tersebut untuk menggembirakan rajanya , setelah memohon petunjuk daripada Allah SWT dan Syafaat daripada Nabi Muhammad SAW. Maka bermulalah penulisan Sulalatus Salatin atau “Pertuturan Segala Raja-raja” berdasarkan apa yang diceritakan oleh ayahnda datuknya. Oleh itu, sudah tentu karya tersebut dikarang dengan penuh teliti dan berhati-hati oleh Tun Sri Lanang dan padanya karya itu cukup sempurna dari aspek sasteranya.

Teuku Iskandar dan A. Samad Ahmad juga berpendapat bahawa bukan perkara luar biasa jika seorang Bendahara dapat mengarang hikayat, jika dilihat semula nendanya Tun Isap Misai pernah menulis Hikayat Anak Panah Sedasa. Malah ketokohan dalam bidang penulisan ini juga diwarisi oleh zuriat Tun Sri Lanang contohnya daripada pujangga Riau seperti Raja Ali Haji. Tun Sri Lanang mula menumpukan perhatian dalam pengkajian hasil-hasil kesusasteraan Aceh selepas perang di Batu Sawar pada tahun 1613 apabila beliau ditawan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III dan dibawa ke Aceh. Oleh sebab itu, beliau mempunyai masa yang panjang untuk mengkaji dan menelaah hasil-hasil karya tersebut. 

Pada ketika itu juga terdapat beberapa penulis masyhur Aceh seperti Syeikh Shamsuddin Pasai, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari dan Nuruddin al-Raniri. Persamaan zaman antara Tun Sri Lanang dengan pengarang-pengarang hebat ini dapat dikatakan kemungkinan besar mereka sempat bertukar maklumat dan pendapat antara satu sama lain yang mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi penulisan beliau. Melihat kepada bukti-bukti tersebut, dapat ditegaskan bahawa Tun Sri Lanang adalah pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin dan karya ini seharusnya diiktiraf sebagai karya asal tulisan Tun Sri Lanang dan beliau bukan sekadar penyalin semata-mata. Sungguhpun teks Hikayat Melayu diambil sebahagian daripada kandungannya, namun rujukan bahan, sumber-sumber primer, serta cerita-cerita lisan yang didengar daripada datuk neneknya dan daripada pengalamannya sendiri yang disusun dan digarap mengikut gaya bahasa yang tersendiri dalam pelbagai aspek sastera cukup untuk menjadikan beliau digelar pengarang Sulalatus Salatin yang asli.  

Tun Sri Lanang seperti yang dikenali adalah seorang sasterawan Melayu yang terkenal pada zaman kesultanan Melayu bersama karya agungnya iaitu Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengarang dan meyusun kembali Hikayat Melayu di atas titah Raja Abdullah pada tahun 1612 dan berjaya menyiapkannya pada tahun 1612. Kepengarangan beliau tidak dapat disangkal lagi dengan wujudnya pelbagai fakta-fakta dan bukti-bukti yang menyokong keaslian dan ketulenan beliau sebagai penulis asal kitab Sulalatus Salatin ini. Kebijaksanaan dan kepintaran beliau dalam ilmu mengarang jelas terpancar dalam karyanya apabila beliau berjaya menyampaikan mesej dan pengajaran melalui kata-kata yang tersusun indah dalam bait-baitnya serta imaginasi lakaran peristiwa yang dilukis indah dalam kitab tersebut. Maka beliau tidak seharusnya dianggap hanya sebagai penyalin Hikayat Melayu bahkan sebagai orang yang mengarang, menulis, memperbaiki dan mempertingkatkan mutu karya awal sehingga terhasilnya karya agung dalam catatan sejarah Melayu yang dikenali umum dengan nama Sulalatus Salatin. Dengan itu terserlahlah ilmu kepengarangan dan persuratan Tun Sri Lanang dalam memartabatkan sejarah kegemilangan masyarakat Melayu seperti yang tercatat dalam karya agungnya itu.


ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...