1. Pengenalan dengan
Bismillah-Rahmannir-Rahim. Perintah Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, supaya
mengarang sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu.
2. Penaklukan Iskandar Zulkarnain untuk
meluaskan tanah jajahannya ke Benua Hindi. Mengahwini Puteri Syahrul Bariyah.
Perkahwinannya diakadkan oleh Nabi Khidir. Anaknya Aristun Syah menggantikan
datuknya Raja Kida Hindi memerintah kerajaan selama 355 tahun.
3. Penaklukan Raja Suran telah menakluki semua
negara kecuali negara Cina tetapi gagal kerana kecerdikan tipu helah raja Cina.
4. Pengembaraan Raja Suran ke dalam laut. Ke
negeri Dika.
5. Anak raja Suran menjadi raja. Nila
Pahlawan atau Sang Si Perba dirajakan di Minangkabau. Krisyna Pandita di
Tanjung Pura ddn pula dirajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana.
6. Kerajaan Palembang.
Waadat.
Isteri-isteri Seri Teri Buana menjadi kedal bila mereka ditiduri . Bila STB mahu kahwini anak Demang Lebar Daun
yang bernama Raden Ratna Cendera Puri, DLD meminta supaya diadakan waadat
terlebih dahulu.
7. Kerajaan Singapura.
i Pembukaan Singapura zaman Seri Teri
Buana,
ii Kisah tatal dan menarah kepala budak di
zaman Paduka Seri Pikrama Wira.
iii Kisah Badang di zaman Seri Rakna Wikrama..
.
iv Kisah Tun Jana Khatib atau Singapura
dilanggar todak di zaman Paduka Seri Maharaja.
v Kisah Sang Rajuna Tapa di zaman Raja
Iskandar Syah.
8. Sejarah Pasai. Kemasukan Islam ke Semudra-Pasai. Sultan
Malikul Tahir diculik oleh Raja Siam, Penangkapan Sultan Malikul Mansur.
9. Kerajaaan Melaka.
i Raja Iskandar Syah : Pembukaan Melaka
oleh Raja Iskandar Syah. memerintah Singapura selama 32 tahun dan Melaka 3
tahun.
ii Raja Besar Muda pula menggantikannya memerintah
Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4 orang menteri untuk berkhidmat
di balai, 40 orang bentara dan anak-anak pembesar sebagai biduanda istana..
iii Raja Kecil Besar menerima Islam. Menukar
nama menjadi Sultan Muhammad Syah Menyusun adat-istiadat diraja berdasar adat
Melayu dan syariat Islam. Memerintah Melaka selama 67 tahun.
iv Raja Ibrahim atau Sultan Abu Syahid :
Pengaruh Raja Rekan dan golongan India Musilim.
v Raja Kassim atau Sultan Muzaffar Syah :
Rampasan kuasa.
Bendahara
Seri Wak Raja membunuh diri. Diganti
oleh Seri Nara Diraja. Diganti pula oleh Tun Perak / Paduka Raja.
vi Sultan Mansur Syah : Hubungan Melaka –
Inderapura (Pahang) Siam, Sulawesi, Majapahit. Cina, Kampar, Siak, Makasar,
Champa, Pasai di
· Keperwiraan Hang Tuah.
· Penentangan oleh Hang Jebat.
· Pembunuhan Tun Besar, anak Tun Perak.
· Perkembangan ilmu Islam di zaman Sultan
Mansur.
· Wasiat Sultan Mansur.
vii Sultan Alauddin Riayat Syah.
· Membasmi pencuri.
· Pemberontakan di haru.
· Hubungan dengan Maluku, Terengganu, Siak.
viii Zaman Sultan mahmud Syah.
· Wasiat Sultan Alauddin.
· Curang dengan isteri Tun Biajid.
· Pembunuhan Tun Ali Sandang.
· Telatah pembesar di zaman Sultan mahmud ;
Seri Wak Raja, Hang Isa Pantas, Maulana Yusuf.
· Menyerang manjung dan kelantan.
· Perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara
dan pembunuhan keluarga bendahara.
· Meminang “Puteri Gunung Ledang”.
· Hang Nadim dititahkan ke Benua Keling.
· Melarikan Tun Teja.
· Sultan Abdul Jamal meletak jawatan.
· Pembunuhan Raja Zainal.
· Perzinaan Sang Sura dengan isteri Sang
Guna.
· Legor menyerang Pahang.
· Menobatkan Kedah.
· Hubungan dengan Portugis.
· Seri Rama tidak hormati Makhdum Sadar
Johan.
· Perkembangan Ilmu Islam.
· Pembunuhan keluarga Bendahara Seri
Maharaja.
· Sultan Mahmud membuang kerajaan.
· Kekalahan Melaka di tangan Portugis.
· Mangkat di kampar.
10. Kerajaan Johor.
i. Sultan Alauddin di Johor.
ii. Zaman Sultan Muzaffar Syah.
iii. Zaman Sultan Abdul Jalil.
iv. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Syah.
v. Raja Abdullah @ Sultan Alauddin.
No comments:
Post a Comment