Wednesday, 18 April 2018

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 1


Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.

Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.

Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.

Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China. Baginda menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga.

Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.

Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.

Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard.

Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa.

Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.

No comments:

Post a Comment

ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...