Wednesday, 18 April 2018

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 3

Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar.

Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.

Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.

Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang".

Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.

Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.

Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.

Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu.  Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntah hantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.

Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.

Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.

Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.

Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.

Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.

Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.

Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.

Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi.  Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang.

Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.

Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya.

Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur.

Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung.

Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.

Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri.

Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.

No comments:

Post a Comment

ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...