Wednesday, 30 May 2018

NILAI MASYARAKAT

Nilai Masyarakat 

1.      Keberanian
Watak Tun Husin yang merupakan anak kepada Tun Perpatih Hitam. Tun Husin yang berani menegakkan kebenaran dan mempertahankan maruah bapanya Tun Perpatih Hitam. Contohnya, Tun Husin sanggup dan berani berlawan dengan Laksamana demi mempertahankan bapanya daripada dibunuh oleh Laksamana. Tun Husin sanggup berlawan dengan Laksamana walaupun dia tahu bahawa dia akan mati di tangan Laksamana.

2.      Kesetiaan
Watak Laksamana dan Temenggung yang sentiasa ada dengan Bendahara Melaka ke mana sahaja Bendahara pergi. Laksamana dan Temenggung sangat setia dengan Bendahara. Mereka sanggup membunuh demi mempertahankan dan meenjaga keselamatan Bendahara. Contohnya, mereka sanggup membunuh Tun Husin dan Tun Perpatih Hitam demi menjaga keselamatan Bendahara Melaka itu. Bagi mereka, Bendahara merupakan orang yang penting di Melaka pada ketika itu.

3.      Bertanggungjawab
Contoh: Tun Mutahir, Bendahara Melaka menjalankan tanggungjawabnya sebagai bendahara dengan baik sekali. Dirinya disenangi oleh rakyat Melaka kerana sikapnya yang baik dan menjaga hal ehwal orang dagang.

4.      Kasih - Sayang
Contoh: Walaupun Sultan Mahmud Syah berkeinginan untuk memiliki Puteri Gunung Ledang dan mengutuskan Laksamana Hang Tuah untuk mendapatkan Puteri Gunung Ledang buatnya untuk dijadikan isteri. Namun, untuk mendapatkan Puteri Gunung Ledang  baginda perlu memenuhi permintaannya. Namun, kesemua yang disenaraikan dapat dituruti kecuali semangkuk darah anak baginda tidak dapat dipenuhi. Jelaslah baginda sangat menyayangi anaknya demi cinta baginda terpaksa ketepikan rasanya itu.

5.      Bijaksana
Kebijaksanaan penting dalam kepimpinan. Kebijaksanaan pemimpin mampu menjadikan sesebuah negeri itu lebih maju daripada yang lain. Hal ini dapat dilihat dalam kisah serangan Siam ke atas Melaka. Siam berniat untuk menyerang Melaka tetapi dengan kebijaksanaan Tun Perak, Siam telah tewas. Tun Perak menyuruh supaya memasang obor sekeliling pokok dan apabila tentera Siam datang, mereka terpedaya dengan menyangkakan bahawa tentera Melaka terlalu ramai.

6.      Nilai Menghormati Tetamu.
Nilai ini merupakan satu nilai yang wajar diterapkan dalam kalangan pemimpin. Dalam urusan negara dan politik , hubungan sesama ahli negara atau pemerintah haruslah dijaga dengan baik. Sultan Mahmud Syah menghormati tetamunya iaitu Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah. Baginda melayani tetamu dengan baik iaitu memberikan tempat tinggal dalam negeri dan mengahwinkan saudaranya dengan Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah.

PERANAN SEJARAH MELAYU


Peranan Sejarah Melayu


1        Kita hendaklah bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan pengampunan.

2       Kita hendaklah menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.

3  Kita hendaklah sentiasa menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pemimpin dengan jujur.
Contoh: Seri Maharaja tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah untuk menjaga negeri Melaka. Malah, tindakannya diketahuan oleh baginda sendiri kerana dia tidak berkawal pada malam hari dan ini menyebabkan pencuri memasuki negeri dengan senang sekali. Setelah ditegur oleh baginda , dia menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sekali sehingga masalah pencuri di Melaka selesai.

4       Kita haruslah sentiasa bertimbang-rasa dan mengenang budi.
Contoh: Sang Aji Ningrat (menjadi Betara Maja Pahit setelah berkahwin dengan Puteri Naya Kesuma). Baginda diminta oleh si penyadap iaitu bapa angkatnya untuk menjadi Patih Aria Gajah Mada dan si penyadap berniat untuk menggantikan Patih Aria Gajah Mada yang sedia ada.. Tetapi, baginda memikirkan bahawa Patih Aria Gajah Mada yang sedia ada diperlukan walaupun dia sudah tua kerana tanpanya tidak akan menjadi segala pekerjaan baginda. Maka, si penyadap dilantik menjadi ketua kepada penghulu.

5       Kita mestilah tidak membuat sesuatu tindakan dengan terburu-buru.
Kita janganlah melakukan hal yang terburu-buru tanpa usul periksa. Hal ini akan membuatkan kita melakukan sesuatu keputusan yang tidak tepat. Sebagai contoh,  Bendahara Seriwa Raja telah meminum racun kerana menyangkakan sultan murka kepadanya. Bendahara Seriwa Raja tidak memeriksa terlebih dahulu dan mengambil keputusan terburu-buru. Hal ini membuatkan sultan berasa sangat sedih dan kehilangan pembesar yang dikasihinya.

6       Kita mestilah bijak menentang musuh
Kebijaksaan sangat penting untuk menewaskan ancaman musuh. Oleh itu, kita mestilah mempunyai kebijaksaan untuk menjadi seorang pemimpin dan dapat menyumbang idea untuk kesejahteraan dan keselamatan negeri. Hal ini dapat dilihat pada Tun Telanai.  Tun Telanai yang tahu bahawa dia akan kalah mendapat idea untuk mengubah tempat dengan mengatakan orang Islam tidak boleh berperang mengadap matahari mati. Maka diberi oleh Phra Cau pada tempat yang lain, menghadap ke matahari hidup. Oleh kerana kebijakan tersebut, Melaka telah menang dalam peperangan itu.

7       Kita mestilah menghormati pemimpin.
Menghormati pemimpin bermaksud menjalankan arahannya dengan baik tanpa menolak demi kepentingan diri sendiri. Jelas menunjukkan sikap Paduka Tuan mendengar dan melaksanakan segala titah Sultan Mahmud Syah disampaikan bendahara kepadanya tanpa sebarang bantahan.

GAYA BAHASA

Gaya Bahasa


GAYA BAHASA & FUNGSINYA
METAFORA
Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak.
Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih
terbenam di kaki hari.

IRONI
Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya)
Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula

PARADOKS
Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Suasana / keadaan yang berlawanan.
Fungsi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.
Contoh : buruk dalam cantik
pahit dalam ubat

HIPERBOLA
Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.
Fungsi : Untuk memukau pembaca
Contoh : atau cakap-cakap gunungIsinya lembah sampah

ALUSI
Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung
Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

ONOMATOPOEIA
Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.
Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran
Contoh : angin menderu ru ru ru

RIMA
Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama
Contoh : Aku telah dihimpit bising peradaban - a
kasih dan cinta manusia - b
yang luput - c
ketika kau tetap abadi menatap alam - d
menyaksi kejadian serba takjub - e
sepi namun sentosa - b
bahagia sekalipun purba. - b

RITMA / IRAMA
Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur, imbangan kata dalam baris, dan panjang pendek baris sebuah sajak. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi. Rentak / ragam / tingkah.
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama

ANAFORA
Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan
Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama
Contoh : betapa rumitnya
betapa seksanya dia menunda usia

EPIFORA
Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan
Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama
Contoh : menggoda hati tergugah
mengusik hati tergugah

INVERSI
Pembalikan kata / ayat / rangkaikata
Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi
Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah)
samar waktu (sepatutnya: waktu samar)

ASONANSI
Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak.
Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi
Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a])

ALITERASI
Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.
Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi
Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k])

SIMILE
Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama.
Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama
Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika
bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.

PERSONIFIKASI
Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup
Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca
Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah
menggaru di paru-paru

CITRA
Gambaran, lukisan, arca, atau imej.
Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu
Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara)

PERLAMBANGAN
Simbol yang membawa makna tertentu
Fungsi : Untuk menegaskan maksud
Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

PERULANGAN (Terdapat beberapa jenis perulangan yang terdapat dalam sajak)

Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. (Asonansi)

Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. (Aliterasi)

Perulangan perkataan/kata di awal baris yang sejajar / berturutan (Anafora)
Contoh : aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan

Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan

Perulangan perkataan/kata di akhir baris yang sejajar / berturutan (Epifora)
Contoh : menggoda hati tergugah
mengusik hati tergugah

Perulangan perkataan/kata di tengah baris
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : menggoda hati tergugah
mengusik hati tergugah

Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : aku pun terbang setelah hinggap, dan terbang lagi. Begitulah.

Perulangan kata di awal baris pertama rangkap
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak www.sibermerdeka.com.my

Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap
Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud
Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1,2,3,4,5, dan 6 dalam sajak www.sibermerdeka.com.my

CONTOH LAIN:

1.      Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan dalam satu ayat)
Contoh: Alfonso d’Albuquerque mengadap Raja Portugal dan diperintahkan untuk
mengetuai rombongan menyerang Melaka. (konsonan "n")

2.      Hiperbola (bahasa yang melampau – lampau yang cuba menunjukkan atau
membesar – besarkan sesuatu perkara dan benda)
Contoh: Tun Fatimah terlalu baik parasnya, tiada berbagai pada zaman itu.

3.      Sinkof – (singkatan perkataan)
Contoh: “ambil kerisku ini, bunuhkan akan Kasturi.”

4.      Pinjaman – Bahasa Arab dan ayat suci Al - Quran
Contoh: Maka Kadi Yusuf tiada berguru pada Maulana Abu Bakar kerena ia pun terlalu alim (pinjaman bahasa Arab).
Terdapat firman Allah Ta’ala “Innallaha ma’assobirin”. Syahadan jikalau datang sesuatu pekerjaanmu dan pekerjaan Allah, maka dahulu akan olehmu pekerjaan Allah daripada pekerjaanmu. Hendaklah engkau sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah kerana sabda Nabi: “Man tawakkal a’lallahi kafi” . hai anakku, turut seperti ini, nescaya adalah engkau berkat diberi Allah Ta’ala dan berkat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam’. (ayat suci dan firman)

5.      Simile
Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai, laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini.
Contohnya, bermula air didih pun bagai lautan dan kepala kerbau lembu umpama pulau dan anah seberang itu pasirnya terlalu putih, seperti kain buka mafar.

6.      Berbentuk Klasik
Gaya bahasa yang tedapat dalam novel ini berbentuk klasik. Yakni banyak menggunakan bahasa lama. Contohnya, perkataan hatta.
Hatta berapa lamanya negeri Maja Pahit pun besarlah; segala luruh Jawasemuanya ta'luk ke Maja Pahit.

7.      Perulangan kata dalam ayat
Perulangan kata atau perkataan dalam ayat mahupun perenggan dikenal pasti melalui perkataan maka. Buktinya ;
Maka kata Tun Aria Bija al-Diraja pada Paduka Tuan , ‘’ Apa kerja orang kaya datang ini ?’’
Maka sahut Tun Aria al-Bijaya , ‘’JIkalau tiada pun beta dipanggil yang beta sedia akan menghadap juga,kerena siapa lagi yang beta pertuankan ? Jikalau lain daripada Sultan Mahmud Syah yang beta sembah. 
Maka kata Paduka Tuan , ‘’ Benarlah kata orang kaya ini, tetapi marilah Tun Mah kita dudukkan dengan Si Mahmud.’’
Maka I kata Tun Aria Bija al-Diraja,’’ Baiklah.’’

WATAK DAN PERWATAKAN


1. RAJA ISKANDAR ZUL-KARNAIN
- Raja Iskandar Zulkairnain anak kepada aja Darab
- Keterunan Rom
- Memerintah negeri bernama Makaduniah
- Bergelar Raja Iskandar Zul-Karnain
- Seorang pahlawan yang berani dan masyhur
- Menakluki banyak negeri  = negeri Kinda Hindi. Mengislamakan negeri tersebut
- Seorang raja adil dan bertimbang rasa. Misalnya menaikkan semula Raja Kinda Hindi di atas takhta   setelah menawan negeri itu.
- Berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah , puteri Raja Kida Hindi-Mendapat seorang putera- Raja Aristun Syah-jurai keturunan hingga kepada Raja Suran

2. RAJA SURAN
-  Puteri kepada Tersi Berderas dan puteri Raja Sulan dari negeri Amdan Negara.
- Memerintah negeri Amdan Negara
- Seorang raja yang sangat masyhur dan agung.
- Raja yang gagah perkasa. Ketua angkatan perang yang gagah berani. Menawan negeri             Gangga Negara
- Raja yang kuat semangat , berani. Tidak gentar berperang walaupun negeri yang lebih besar dan kuat. Hajat serang negeri China.
- Seorang raja berfikiran jauh, mengambil kira keadaan masa depan angkatannya dan                 membatal kan hajat menyerang negeri China kerana terlalu jauh mengambil masa yang lama
- Raja yang kreatif dan mempunyaipemikiran yang tajam serta proaktif.. Ingin meneroka dunia bawah laut, meneroka misteri kehidupan aam diluar daripada kemampuan pemikiran     rakyat biasa.
- Sifat istimewa kerana dikurniakan sifat-sifat supernatural.. Boleh hidup dalam dunia dataran dan dunia bawah laut, berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri di kurniakan 3 putera iaitu Nila pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama
- Memiliki kesaktian.. Boleh berhubung dengan makhluk halus seprti jin dan peri. Misalnya mendapat pertolongan Raja Jin Asmaghiah Peri membawa ketiga tiga putera baginda keluar dari negara bawah laut
- Contoh lain , Raja Suran mendapat tiga buah mahkota daripada perbendaharaan Nabi Sulaiman 'alaihis-salam, menaiki kuda Farasu'l-Bahri kembali ke dunia daratan



3. DEMANG LEBAR DAUN
- Raja Palembang, di tanah Andalas, berasal daripada cucu Raja Suran. Puteri bernama Raden Ratna Cendera Puri
- Setia kpada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Menjemput ketiga-tiga putera Raja Suran di Bukit Si Guntang bersemayam di istana Palembang
- Beruaha menabalkan putera-putera Raja Iskandar Zul-Karnain ;
Sang Si Perba -> Raja Minangkabau ( Nila Pahlawan )
Krisyna Pandita -> Raja TAnjung Pura
Nila Utama -> Raja Palembang Pembesar Melaka


selain itu,


1.     Sultan Mahmud Syah
Sultan Mahmud Syah seorang yang tamak, pentingkan diri, kuat berdendam dan mudah. ditipu. Contohnya, menunjukkan Sultan Mahmud Syah seorang yang mementingkan diri sendiri ialah baginda sanggup menitahkan orang menculik Tun Teja di Pahang untuk dibawa ke Melaka untuk dijadikan isteri. Baginda sanggup menculik Tun Teja walaupun baginda tahu yang Tun Teja itu merupakan tunangan kepada Sultan Pahang.

2.     Hang Nadim
Hang Nadim merupakan seorang yang bijak mengambil peluang, rajin dan pandai dalam urusan niaga. Contohnya, Hang Nadim bijak mengambil peluang untuk menebus kesalahannya di masa lalu yang menyebabkan Sultan Melaka murka dengannya. Hang Nadim mengambil peluang ini dengan menculik Tun Teja untuk dibawa ke Melaka untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau menggunakan pelbagai jenis muslihat dengan bantuan Nakhoda Sidi Ahmad dan pelulut.

3.     Sultan ‘Alaudin Ri’ayat Syah
Seorang pemimpin yang berwibawa, bertanggungjawab dan adil.
Contoh: semasa baginda disaat gering, baginda menyampaikan wasiat kepada bendahara, orang kaya dan rakyat jelata. Semua orang menyenanginya dan bersedih akan pemergiannya. Hal ini kerana semasa pemerintahannya baginda merupakan seorang pemimpin yang adil dan bertanggungjawab dalam memelihara rakyat jelatanya.

4.     Sultan Muzaffar Syah
Merupakan seorang yang sangat baik hati kerana sanggup memberikan isterinya kepada orang lain untuk menyelesaikan persengketaan antara pembesar.
Contohnya, Sultan Muzaffar Syah telah membenarkan Seri Nara al-Diraja untuk berkahwin dengan Tun Kudu untuk mengelakkan persengketaan antara Seri Nara al-Diraja dengan Paduka Raja (Tun Perak).

selain itu,

tugas Menteri


Bendahara
Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan. Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.
Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.
Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai pemimpin tentera dalam peperangan.
Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.
Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.


Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.
Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-iangit.
Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara berusungan pada hari raya.
Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.


Temenggung
Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.
Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing.
Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.


Syahbandar
Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar
menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai daripada pedagang- pedagang.


Laksamana
Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan membunuh Hang Jebat yang menderhaka.
Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah. Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang.
Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.


watak yang popular dalam teks Sulalatus Salatin


TUN PERAK

Latar:
Nama peribadi Tun Perak. Anak Bendahara Seri W4 Raja. Saudara lain ialah Tun Kudu dan Tun Perpillh Putih. Mula dilantik sebagai Bendahara pada zannin pemerintahan Sultan Muzaffar syah. Memegang jawatan Bendahara di bawoh pemerintahan empat orang sultan iaitu zaman :
·  Sultan Muzaffar Syah
·  Sultan Mansur Syah
·  Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
·  Sultan Mahmud Syah.
Tun Perak tersingkir dari mendapat jawatan Bendahara (mengikut adat tradisi) selepas kemangkatan Bendahara Seri Wak raja. Tun Perak membawa diri ke Kelang,dilantik sebagai penghulu orang Kelang.
Ketokohan clan kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman serangan Siam --> kecerdikan Tun Perak mengusir ancaman Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati sultan --> Tun Perak dilantik sebagai Bentara.
Konflik dengan Seri Nara Diraja (pegang jawatan Bendahara). Konflik dapat diselesaikan --> Tun Perak didudukkan ke jawatan Bendahara setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu.

(i)Sebagai ketua angkatan perang yang berani, cekap dan pintar.
a.  Menewaskan Siam.
Tun Perak bijak mengatur strategi perang untuk mencapai kejayaan tanpa pertumpahan darah. Contoh ketika Melaka hadapi serangan Siam.
guna muslihat/tipu helah mengelirukan Siam —> dan tambat puntung api pada kayu-kayu disepanjang sungai. Kelihatan api begitu banyak.Sangkaan Siam, angkatan Melaka amat ramai.
b. Mengetuai angkatan menakluki Pahang.
Berjaya menakluki Pahang. Menawan raja Pahang,dibawa ke Melaka ---> Pahang jadi negeri jajahan takluk Melaka.
c. Menyerang Pasai.
Mengetuai angkatan Melaka ke Pasai membantu Sultan Zainal Abidin bagi menyelesaikan masalah perang saudara dan perebutan kuasa.
berjaya menabalkan Sultan Zainal Abidin sebagai Raja Pasai.

(ii) Sebagai Pegawai Kanan Pentadbiran yang cekap menjalankan tugas-tugas mentadbir Melaka.
Bendahara Paduka Raja memiliki kepandaian serba boleh;
a.   Bijaksana dalam karang mengarang.
Mengarang surat yang dihantar ke Siam. Isi kandungan surat terselit unsur diplomasi, maksud mendalam tersirat dalam baris-baris yang ringkas, pendek clan jelas.
b.  Bijaksana dalam ilmu firasat dan ramalan.
Dapat meramal dengan tepat nasib Tun Mutahir setelah melihat alamat awal sewaklu Tun Mutahir masih remaja;
"Cahaya dari langit memancar di kepala Tun Mutahli, cahaya itu hilang dengan cepat. "
ramalan : Tun Mutahir akan jadi orang besar dan kebesaran melebihi kebesaran Tun Perak, tetapi tidak akan kekal.

(iii) Sebagai Penasihat Sultan
Kedudukan Bendahara amat rapat dengan sultan sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan, biasanya sultan mendapatkan nasihat Bendahara terlebih dahulu. Misalnya, rancangan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang kerana baginda murka di atas tindakan raja Pahang mencabar/menghina raja Melaka. Bendahara menasihatkan agar tidak menyerang Pahang kerana raja Pahang dan raja Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. Nasihat Bendahara diikuti. Melaka bertindak ke atas Pahang dengan hanya menghantar utusanImengajar' perbuatan raja Pahang.

(iv)   Sebagai seorang pembesar yang 'berkuasa' dalam menentukan perlantikan sultan dan bertanggungjawab menabalkan sultan menduduki takhta kerajaan.
Kedudukan Bendahara amat rapat dengan sultan. Sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan, biasanya sultan mendapatkan nasihat Bendahara terlebih dahulu. Misalnya, rancangan Sultan Mahmud Syah hendak menyerang Pahang kerana baginda murka di atas tindakan Raja Pahang mencabar/ menghinan raja Melaka. (sama seperti diatas) Bendahara menasihatkan agar tidak menyerang Pahang kerana raja Pahang clan raja Melaka mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat. (sama seperti ii atas)
- Nasihat bendahara diikuti. Melaka bertindak ke atas Pahang dengan hanya menghantar utusanImengajar' perbuatan Pahang.

(v)  Bendahara sebagai seorang pembesar yang berkuasa dalam menentukan perlantikkan sultan dan bertanggungjawab menabalkan menduduki takhta kerajaan.

 a.  Sebagai pembesar berkuasa dan berwibawa, Bendahara Paduka Raja mempunyai pengaruh yang besar dalam pemerintahan Melaka.
Setelah anaknya, Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad (dalam episod bermain sepak raga), Bendahara melafazkan kata-kata, "..tidak akan bertuankan anak raja seorang ini".
- Kata putus Bendahara membawa kesan kepada perlucutan hak Raja Muhammad sebagai pewaris takhta Melaka. Raja Muhammad tersingkir ke Pahang.

b. Bendahara Paduka Raja melaksanakan wasiat sultan untuk melantik Sultan Mahmud Syah sebagai pengganti takhta Melaka selepas kemangkatan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
- Bendahara berusaha menjaga Sultan Mahmud Syah (masih kecil) claripacla dibunuh oleh Raja Tua demi melaksanakan wasiat.
- Raja Tua iaitu nenda Sultan Mahmud Syah mahukan Raja Menawar dilantik sebagai pemerintah Melaka.
- Bendahara tetap mengikut wasiat menabalkan Sultan Mahmud Syah.

(vi) Sebagai seorang pembesar yang tegas dan setia.
Bendahara sangat setia kepada sultan Melaka Setiap perintah sultan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan, seterusnya menaikkan martabal Sultan Melaka.
Bendahara mengetuai angkatan Melaka menolong Sultan Zainal Abidin merebut takhta Pasai.
Bendahara tidak teragak-agak bertindak tegis membuat keputusan enggan membantu Sultan Zainal Abidin bagi kali kedua setelah Sultan Zainal Abidin enggan menghantar surat sembah ke Melaka.

SERI NARA DIRAJA (TUN ALI)

Latar Belakang
Tun Ali ialah anak Mani Puriclan bersama isterinya Tun Ratna Sandari (Puteri Seri Nara Diraja). Adiknya Tun Ratna Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah –> lahir putera Raja

Peristiwa-peristiwa Penglibatan Seri Nara Diraja dalam Kerajaan Melaka.
(i)  Terlibat campur tangan dalam rampasan kuasa takhta Melaka.
Pembesar terpenting (orang kuat) membantu Raja Kasim dalam rancangan merampas takhta Melaka yang dikuasai oleh Raja Rekan. Rampasan kuasa berhasil. Tokoh yang memainkan peranan utama menjayakan rancangan rampasan kuasa ialah Seri Nara Diraja.
Seri Nara Diraja sangat berpengaruh terhadap Sultan Muzaffar Syah --pembesar yang sangat rapat dengan sultan, kata-kata clan kehendak Seri Nara Diraja dituruti -kesannya menyebabkan Bendahara Seri Wak Raja terasa tersingkir, tidak dipedulikan –tindakan nekad membunuh diri dengan minum racun.

(ii)  Bertindak bertentangan adat kebiasaan amalan di istana Melaka.
Jawatan Bendahara sepatutnya diwarisi oleh keturunan bendahara selepas kematian Benclahara. Seri Wak Raja, sepatutnya diganti oleh Tun Perak.
Tun Ali telah berjaya mengambil alih kedudukan/ jawatan Bendahara bergelar Bendahara Seri Nara Diraja.
- Tun Perak membawa diri ke Kelang --- dilantik sebagai penghulu orang-orang Kelang.

(III) Terlibat dalam perselisihan dan perpecahan di kalangan pembesar.
Konflik di kalangan pembesar-pembesar tercetus antara dua puak-puak yang diketuai oleh Seri Nara Diraja dan puak dari keturunan Bendahara (Tun Perak).Puncak konflik Tun Perak terlibat semula dalam istana --- dilantik sebagai Bentara kemudian
sebagai Perdana Menteri  setelah berjaya mengusir ancaman Siam.
Perpecahan semakin ketara menyebabkan Sultan Muzaffar Syah bimbang membawa kesan buruk kepada kerajaan.

(iv) Seorang pembesar yang sangat berpengaruh.
Segala kemahuan Seri Nara Diraja diikut oleh Sultan Muzaffar Syah. Beliau bersedia menyerahkan jawatan Bendahara kepada Tun Perak setelah berkahwin dengan saudara Tun Perak iaitu Tun Kudu.
Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu, yang dikasihi demi kepentingan keuntuhan pentadbiran Melaka.
Perkahwinan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudii menamatkan konflik dalaman kerajaan Melaka.

(v) Seorang Pembesar yang bijaksana, berani dan berpandangan jauh.
Seri Nara Diraja berani menentang titah Sultan Mansur Syah. Beliau tidak melaksanakan tilah menghukum bunuh Hang Tuah. Mengikut tafsiran Seri Nara Diraja —> hukuman yang dijatuhkan ke atas Hang Tuah sebagai satu tindakan yang akan merugikan serta membawa kepada penyesalan.
Seri Nara Diraja bijaksana dalam melihat kelebihan Hang Tuah untuk kepentingan Kerajaan Melaka.
Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan ternyata memberi suatu kemenangan Tindakan Seri Nara Diraja melanggar titah sultan ternyata memberi suatu kemenangan --> berjaya membuktikan bahawa Hang Tuah sangat berguna/menguntungkan istana Melaka —> Hang Tuah yang setia berjaya menghapuskan Hang Jebat yang membuat huru-hara di Melaka.

Seri Nara Diraja beroleh tiga orang anak bersama isterinya Tun Kudu.
(a)  Tun Mutahir (kemudian dilantik Bendahara bergelar Bendahara. Seri Maharaja)
(b)  Tun Tahir (dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja)
(c)  Tun Senaja (diperisterikan oleh Sultan Alau'd­Din Riayat Syah).






TUN MUTAHIR (BENDAHARA SERI MAHARAJA)

Latar belakang:
anak Seri Nara Diraja (5 orang anak semuanya).
Seri Nara Diraja wasiatkan anak-anak dipelihara Bendahara Paduka Raja. Wasiatkan harta/emas sebanyak 5 buah peti.
Saudara lelaki Tun Mutahir ialah Tun Tahir. Bendahara Paduka Raja pernah membuat ramalan;
"Budak ini kelak menjadi Orang Besar- besar. Danpada hamba pun lebih kebesarannya, tetapi tidak kekal. " (Sulalatus Salatin, hlm. 146)
Ramalan setelah melihat cahaya turun memancar dari langit di kepala Tun Mutahir pada suatu subuh.
Bendahara menguji kebolehan Tun Tahir dan Tun Mutahir dalam perniagaan --> beri pinjam 10 tahil emas tiap Seorang ---) dapat untung yang banyak barulah harta peninggalan diserahkan.
Tun Mutahir sejak zaman remaja menceburkan dari dalam perniagaan. Perniagaan sering mendapat keuntungan. ('Adapun akan Tun Mutahir selamaya ia menyuruh mencari itu, tiada pemah rosak, maka ia menyuruh belayar juga.) (Sulalatus Salatin, hlm. 148)
Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung, bergelar Seri Maharaja. Pemerintahan Melaka ialah Sultan Mansur Syah. (saudaranya Tun Tahir dilantik sebagai Penghulu Bendahara bergelar Seri Nara Diraja. Tun Abdulah bergelar Seri Nara Wangsa).
Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara sewaktu Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (setelah kematian Bendahara Putih). Pemilihan Tun Mutahir dibuat oleh bonda Sultan Mahmud Syah daripada Sembilan orang calon yang disayangi Sultan Mahmud Syah.
Tun Mutahir bergelar BendaharaSeri Maharaja 4 Melaka bertambah makmur, mashyur di kalangan pedagang-pedagang di Melaka zaman ini.
- Tragedi berdarah ---> Bendahara mati dibunuh Sultan Mahmud Syah. (lihat huraian peristiwa di bawah).

Sifat-sifat Tun Mutahir:

1.     Saksama, adil, murah, terlalu balk budi pekertinya. (Sulalatus Salatin, hlm. 206)
2.     Hubungan balk dengan pedagang- pedagang 4 menjaga kebajikan pedagang- pedagang di Melaka hingga namanya termasyhur di kalangan mereka. Hal ini jelas dari nyanyian saudagar-saudagar;
"Selamat Bendahara Melaka, pisang jarum, air Bukit China, Bendahara Seri Maharaja. "(Sulalatin Salatin, hlm. 206)
3.     Bijaksana dalam berurus niaga –> emas yang diboil pinjam sebanyak 10 tahil diperdagangkan --> mendalml keuntungan (laba) yang banyak. Begitu juga enum peninggalan ayahnya dijadikan sebagai modal perniagaan –> beroleh untung yang banyak.
4.     Dihormati dan disanjung kerana ketokohan ---> bukan sahaja disebabkan oleh beliau seorang pembesar  terkenal tetapi kerana keperikemanusiaan mulia ymig dimilikinya. Misalnya -- jika anak-anak raja datang mengadap, Bendahara tidak turun menjemput. Manakala anak-anak raja, akan naik duduk di balai setelah ditunjukkan oleh Bendahara.
5.     Berani dan bijak bermain senjata –> dilantik sebagai  ketua Angkatan Perang Melaka membantu Pahang menentang serangan Legor.
6.  Pembesar berwibawa dan sangat berpengaruh. Contoh:sewaktu raja Kedah di Melaka untuk dinobatkan raja Kedah telah makan sisa makanan yang dimakan oleh Bendahara. Walaupun Bendahara menegahnya tetapi raja Kedah memberi alasan;
kerana Bendahara orang tua, pangkat bapa kepada beta. " (S, Salatin, hlm. 244)
Contoh lain:
Kapitan Mor, ketua angkatan Peringgi sewaktu menyerang Melaka mengakui bahawa selagi"..ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun besarnya angkatan Goa mau menyerang, Melaka tidak akan kalah. "(Sulalatus Salatan, him.245)
7.  Seorang pembesar yang alim, pengetahuan tinggi dalam ilmu Islam. Jelas daripada hubungan rapat dengan alim ulama di Melaka seperti Mahkdum Sadar Jahan. Bendahara pernah berkunjung ke rumah Makhdum.
8.  Kesetiaan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Bendahara tidak membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan malah melarang anak buahnya menentang atau melawan. Sebagai seorang pembesar yang sangat berpengaruh dan sangat kaya, Bendahara boleh menentang titah raja. Lebih-lebih lagi tuduhan ke atas Bendahara merupakan fitnah sernata­inata. Tetapi Bendahara tidak berbuat demikian, kerana Iii masih tetap berpegang teguh kepada "daulat dan derhaka" ---> pantang anak Melayu menderhaka kepada rajanya seperti kata-kata Bendahara,
"Hei, Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau? Kerana adat Melayu tiada pernah derhaka," (Sulalatus Salatin, hlm. 257)
9.  Tragedi hitam dalam sejarah hidup Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara mempunyai anak perempuan yang cantik iaitu Tun Fatimah. Bendahara tidak menunjukkan Tun I atimah terlebih dahulu kepada raja Melaka Sultan Mahmud sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali.
Raja Dibaruh pernah mencadangkan kepada Bendahara supaya Tun Fatimah ditunjukkan kepada raja Melaka kerana;
"..yang istiadat raja Melayu, apabila tiada beraja perempuan anak Bendaharalah akan jadi Raja Perempuan. "(Sulalatus Salatin, him. 251 )
- Tun Mutahir menyedari/sedia memahami adat tersebut clan sengaja berbuat demikian dengan alasan;
"..akan patik ini orang jahat, patut same jahat juga. "(sulalatus Salatin, hlm. 251)
Tindakan Bendahara itu telah mencetuskan dendam di hati Sultan Mahmud Syah. Pada hari persandingan Tun Fatimah, barulah Sultan Mahmud Syah mengetahui Bendahara mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Sultan Mahmud Syah mula menaruh dendam, "...jahatnya Pak Mutahir ini, demikianlah balk anaknya tiada ditunjukkan kepada kita. " (Sulalatus Salatin, hlm. 251)

Punca fitnah ke etas Bendahara - rentetan peristiwa.
(i)      Raja Mendaliar berdendam kepada Bendahara kerana die pernah dimalukan di hadapan pembesar-pembesar. Pada suatu hari raya, Bendahara seclang di hadapan orang besar-besar menantikan raja keluar. Raja Mendaliar  terus masuk ke balairung dan terus menyernbah Bendahara. Bendahara menepis tangan Raja Mendaliar dan memaki hamun Raja Mendaliar kerana Yang Dipertuan belum lagi menjunjung duli.
(ii)  Nina Sura Dewa berdakwa dengan Raja Mendaliar –> kes dibawa kepada Benclahmo untuk diselesaikan. Oleh kerana hari hampir petang, Bendahara meminta kedua saudagar itu kembali dan meneruskan perbincangan pada keesokan harinya.
(iii) Pada sebelah malamnya Nina Sura Dewana datang ke rumah Bendahara dengan membawa hadiah sebanyak sebahara emas. Tanya memberitahu niat sebenarnya. Nina Sura Dewana mempersembahkan kepada Bendahara bahawa emas itu, ".akan   pembeli sirih pinang.(Sulalatus Salatin, him. 255)
(iv)     Kedatangan Nina Sura Dewana ke rumah Bendahara ---> diketahui oleh Kitul ---> bawa berita (fitnah) mengadu kepada Raja Mendaliar. Kitul berhutang pada Raja Mendaliar sebanyak sekati emas. Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa, "Nina Sura Dewana menghadiahkan sebanyak 10 kati emas kepada Bendahara clan bermuafakat akan membunuh Raja Mendaliar."
(v)  Raja Mendaliar berterima kasih kepada Kitu ldan  hutang Kitul dilupuskan
(vi) Raja Mendaliar terus pergi mendapatkan Laksamana Khoja Hassan –> beri sogokan emas (sekati emas) supaya Khoja Hassan dapat sampaikan berita (rahsia) kepada sultan. Berita yang disampaikan;
"..Datuk Bendahara hendak derhaka. Orang kaya persembahkanlah ke bawah Duli Yang Dipertuan, sudah ia berbuat takhta kerajaan, menempa ciu emas dan kaus emas; kasadnya hendak naik raja dalam negeri Melaka ini." (Suialatus Salatin, hlm. 256)
(vii)    Sultan Mahmud Syah terus menerima berita (fitnah) yang disampaikan Laksamana Khoja Hassan kerana selama ini Sultan Mahmud Syah memang berdendam pada Bendahara. Apabila mendengar berita bahawa Bendahara hendak menderhaka, merupakan suatu peluang ibarat kata,
"..seperti orang mengantuk disorongi bantal; kerana baginda bersedia menaruh dendam akan Bendahara Seri Maharaja sebab anaknya TunFatimah itu .. "(Sulalatus Salatin, him. 257)




LAKSAMANA HANG TUAH

Latar Belakang:
Asal keturunan --> anak raja Bajung. Nama asalnya ialah Daeng Mempawah. Negeri Bajung dari kepulauan Mengkasar.
Gelaran Hang Tuah diberi oleh Sultan Mansur Syah. Ketika Hang Tuah dibawa ke Melaka, usianya dalam lingkungan 12 tahun.
Bijaksana dalam bermain senjata dan ilmu hulubalang.
Sahabat-sahabat terkenal seramai 8 orang -> Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
Sifat fizikal - segak, cerdik, perkasa clan tampan digilai anak-anak dara/perempuan.
Gelaran "Laksamana" anugerah sultan kerana berjaya mengembari seorang Jawa mengamuk.

Perwatakkan Hang Tuah

(i) Terlibat dalam peperangan;
Turut bersama dalam angkatan perang Melaka menyerang dan menakluki negeri- negeri lain (perluasan tanah jajahan dalam mengukuhkan kebesaran Melaka).
Mengiringi Bendahara Paduka Raja membantu Sultan Zainal Abidin dalam perang saudara merebt it takhta Pasai.
Mengiringi PadukaTuan dan Seri Bija Dimlo menentang angkatan perang Haru yang merosakkan jajahan Pasai dan tanah jajahan Melaka.
(ii) Sebagai pengiring dan pengawal sultan
-  Mengiringi Sultan Mansur Syah dalam rombon(lim Diraja ke Majapahit.
- Tanggungjawab Hang Tuah ---> mengawal keselamatan sultan.
(iii) Sebagai Panglima Mengetuai Angkatan Perang.
Hang Tuah mengetuai angkatan perang Melaka menumpaskan kegiatan lanun yang mengancam keselamatan Melaka - menentang Semerluki (anak Raja Mengkasar) yang menjalankan kegiatan perlanunan di Tanah Jajahan Melaka.
- Mengetuai angkatan Melaka ke Pahang ---> tujuan mengajar perbuatan sultan Pahang membunuh Telanai Terengganu tanpa memberitahu Melaka.
- Mengetuai angkatan ke Siak ---> bertujuan mengajar perbuatan raja Siak membunuh seorang rakyat Siak tanpa memberitahu Melaka.
(v) Seorang 'hamba' raja yang sangat setia.
Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan Melaka tidak berbelah bagi. Hang Tuah seorang hulubalang yang amat setia, sanggup melakukan apa sahaja titah raja dan tanpa membantah atau mengancam keselamatan dirinya.
Tindakan Hang Tuah menunjukkan kesetiaan;
a.  Sanggup menentang Hang Jebat demi menjaga martabat raja Melaka. Walaupun Hang Jebat menderhaka kerana membela "kematiannya"/ membela keadilan terhadap kezaliman, namun Hang Tuah tetap menganggap tinclakan Hang Jebat Sebagai penderhakaan -> yang mesti dihapuskan.
b.  Kesetiaan Hang Tuah merawat, menjaga keselamatan Sultan Mahmud Syah ketika baginda mendapat sakit buang-buang air.

Sanggup masuk ke dalam lubang najis untuk menyelamatkan kuda kesayangan raja.

UNSUR KEMANUSIAAN DALAM SULALATUS SALATIN




Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai manusia atau sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari kedua-dua sudut di atas.

Dengan lain perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;

1. Sifat-sifat positif atau nilai-nilai baik, murni yang meng¬utamakan nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa, bertimbang-rasa,nasihat  menasihati atau pengajaran.
2. sifat-sifat negatif atau yang jahat dan buruk yang menge¬npikan nilai-nilai kemanusiaan. Termasuk dalam sifat¬-sifat ini seperti sifat kejam dan gangs, perasaan dendam dan iri hati, pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan zalim.

Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i.    Perbuatan atau tingkah laku.
ii.             Kata-kata atau dialog watak.
Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan golon¬gan raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbin¬cangan di sini akan berkait secara langsung dengan pengli¬batan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar) dengan pemerintahnya.

KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)

1.  Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengu-tamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.

Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman itu."

ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Ba¬ginda sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju¬an mengatasi masalah kecurian di Melaka.

iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digam¬barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan ter¬lalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."

2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peri¬badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila di¬tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Ben¬dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah da-tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;

"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .

3. Berjasa dan Berbakti : 
Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.

3.1. Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam me¬nyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak me¬nyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menye¬lamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah men¬dapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan di¬lantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahla¬wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.

3.2. Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguh¬pun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan ber¬pegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksana¬kan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka ke¬rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah me¬ngembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatat¬kan;

"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa¬mana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menja¬linkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persali¬nan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."

4. Sifat bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini jugs sa¬ngat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutama¬nya oleh pihak pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan dapat dihindari.

4.1. Raja Iskandar Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan membimbing baginda kepada agama yang diredhai.

4.2. Keputusan yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan per¬sengketaan dua orang pembesar yang berpengaruh di Mela¬ka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan yang sekaligus me¬ngorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan keraja¬an dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh di¬plomasi itu juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat berkelibar iaitu Tun Perak un¬tuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Pa¬duka Raja Tun Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.

4.3. Sultan Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan ba¬ginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah memberi kesedaran kepada pembesar pembesar negeri yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih bersungguh¬sungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menja¬min raja-raja di negeri jajahan Melaka tidak mengguna¬kan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.

4.4. Sultan Mahmud Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang se-makin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimban¬gan yang lebih wajar. Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat persetujuan hasil daripada muafakat dan perbin¬cangan dengan pembesar-pembesar yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud bertindak membunuh anakan-danya. Baginda juga amat menyesal dengan keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, ba¬ginda turun dari takhta clan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.

5. Memberi Nasihat dan Pengajaran : 
Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me¬ngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke¬pada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.

5.1. Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah
Wasiat padapembesarnegeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggal-kan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."

6. Keimanan dan Ketakwaan : 
Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketak¬waan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-¬episod seperti ;

6.1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan.

6.2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang me¬lakukan kesalahan mencuri.


6.3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama Islam.



ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...