Wednesday, 18 April 2018

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 3

Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar.

Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.

Paduka Seri Pikrama Wira melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.

Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang".

Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.

Terjadi peperangan antara Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.

Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.

Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan hantu.  Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan. Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntah hantu itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.

Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.

Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.

Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.

Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya.

Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai dan mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.

Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.

Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur.

Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi.  Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang.

Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.

Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya.

Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur.

Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung.

Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.

Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri.

Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 2



Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke dunia menaiki lembu putih.

 Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.

Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran.

Lembu putih kenaikan anak-anak Raja Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang diberi nama Batala.

Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang.

Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna Cendera Puri didapati tidak kedal.

Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat.

Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.

Kenaikan Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.

Seri Teri Buana membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. 

Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 1


Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.

Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.

Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.

Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China. Baginda menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga.

Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.

Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.

Raja Suran turun ke laut dan sampai di bumi Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard.

Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa.

Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.

PERSOALAN MARUAH/ MENUNTUT SEMULA HAK


Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1992: 69), Raja Kecil barangkali memikirkan bagaimana hendak merangka suatu muslihat, bagi membuktikan yang beliau berhak menuntut takhta kerajaannya setelah Sultan Mahmud II mangkat dibunuh dan tanpa meninggalkan sebarang zuriat lelaki. 

Dia berusaha meyakinkan orang-orang Melayu Johor, dengan cara menyebarkan kepercayaan temurun Melayu, bahawa, dia sebenarnya adalah putera tunggal Sultan Mahmud II. Dia juga harus menanamkan keyakinan dalam kalangan Orang Laut di Johor bahawa dia adalah waris yang sah dan berhak menuntut takhta kerajaan Johor yang telah kosong selepas tahun 1699 itu, tetapi takhta tersebut telah diambil oleh Bendahara Johor, pada tahun berikutnya, hinggalah ke tahun 1718. 

Alam perbincangan makalah ini, persoalan yang sebenar ialah barangkali bukan untuk merangka muslihat tetapi perjuangan Raja Kecil untuk menuntut kembali takhta kerajaan Johor adalah kerana maruah. Raja Kecil sebagai keturunan waris yang sah daripada Sultan Mahmud II wajar menegakkan haknya semula. 

Sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II, dia perlu mengambil semula apa yang telah dirampas daripada ayahandanya. Hal ini boleh dilihat dalam petikan, “...paduka anakanda hendak menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang.” (hlm. 427). Raja Kecil dikatakan perlu mendapatkan sokongan pihak Orang Laut, dalam memecahkan ikatan pihak Melayu Johor dengan Bugis. 

Di samping itu, Orang Laut yang memang terbilang kehandalannya sejak zaman Kesultanan Melaka menjadi “tulang belakang” kekuatan tentera laut Johor dan ini akan menambah kekuatan militer Raja Kecil yang sedia dianggotai oleh orang-orang Siak dan Minangkabau serta beberapa suku Melayu dari pantai tenggara Sumatera (Muhammad Yusoff Hashim. 1992: 69). 

Menurutnya lagi, hal inilah yang menyebabkan pengarang atau Raja Kecil mencipta mitos-mitos dan menyebarkan dakyah dalam kalangan para pengikutnya tentang asal-usulnya itu. Menurut catatan dalam Tuhfat Al-Nafis, sebelum menyerang Johor, Raja Kecil menghantar pengikutnya menyebarkan dakyah ini.

TEMA HIKAYAT MELAYU DAN SIGNIFIKANNYA ATAU “THE NATURE OF STORIES”


Hikayat Melayu ini mengisahkan hubungan politik Raja Kecil dan keluarganya serta keturunannya dengan keluarga Bugis di Johor yang sedang dirujuk sebagai dua pihak Melayu yang saling bermusuh-musuhan sepanjang abad ke-18 dan awal abad ke-19. 

Ia juga mengisahkan hubungan politik anak-anak Raja Kecil seperti Raja Alam dan Raja Buang (Tengku Mahmud) dengan kuasa dan kerajaan setempat seperti Terengganu, seluruh kepulauan Riau- Lingga- Bentan, barat daya Borneo, beberapa buah kerajaan kecil di pantai timur Sumatera antaranya seperti Palembang dan Kampar. 

Di antara kewajaran tema politik terutamanya aspek susur galur keturunan Raja Kecil, pergolakan politik antara Sultan Mahmud dan Raja Buang, pergaduhan di antara Bugis dengan Siak dan seterusnya sehinggalah kepada kisah Raja Akil adalah disebabkan beberapa faktor.

PENULISAN TEKS HIKAYAT MELAYU


Pengarang teks Sejarah Melayu (1996) ialah Tun Seri Lanang. Manakala teks Tuhfat Al Nafis (1982) dikarang oleh Raja Ali Haji, dan Hikayat Merong Mahawangsa (1991) dikatakan telah disalin oleh Muhammad Yusuf bin Nasruddin Pulau Pinang pada tahun 1898 (Siti Hawa Salleh, 1997: 59).

Salsilah Raja-raja Melayu dan Bugis ditulis oleh Raja Ali Haji, dan Hikayat Melayu (1998) ditulis oleh Tengku Said manakala penyalinnya ialah Muhammad Nuruddin Aceh. Sebagai sebuah teks sastera sejarah, teks Hikayat Melayu (1998) memperlihatkan gaya penulisan sastera di bahagian awal penceritaannya dengan kemasukan unsur sastera seperti mitos dan legenda. Unsur seperti ini amat jelas dilihat pada halaman satu (1) hingga halaman empat ratus dua (402). 

Halaman seterusnya memperlihatkan masih ada unsur-unsur ini bergabung jalin dengan kehidupan realiti sebenar masyarakat pada masa itu tetapi dilihat sudah berkurangan kerana lebih memaparkan keadaan sebenar zaman pemerintahan keturunan Raja Kecil Siak. Bahagian seterusnya lebih banyak berkisar mengenai kemasukan penjajah dan dapat dilihat bagaimana pengarangnya lebih banyak memaparkan cerita yang bersifat realistik. 

Berkemungkinan besar, dunia kehidupan pengarang dengan zaman pemerintahan keturunan Raja Kecil Siak amat hampir dengannya atau pengarang sendiri berada pada zaman itu menyebabkan pengarang lebih berfokus kepada aspek realistik atau realiti sebenar pada zaman itu. Sebagai sebuah teks sastera sejarah, Hikayat Melayu (1998) ini mempunyai gaya bahasa sastera yang baik. Teks ini menggunakan bahasa Melayu persuratan yang mudah difahami. Secara keseluruhannya, gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan teks ini ialah bahasa Melayu klasik yang biasa digunakan dalam penulisan teks sastera sejarah. 

Hikayat Melayu ini dikarang pada tahun 1855, kira-kira enam tahun setelah Raja Akil mangkat (1849) iaitu abad ke-19. Hikayat Melayu ditulis atas perintah (Tuan Fandarwola) atau Von de Wall (penolong Residen di Sukadana pada masa itu). 

Contohnya: Dan yang menyurat Sejarah Melayu ini, Tengku Said; disuruh Tuan Fandarwola, Esti Residen Komisi di dalam Sikudana, kepada tarikh 1272, kepada dua puluh tiga dari bulan Safar, hari Ahad, bermula menyuratnya, adanya. Dan sudahnya kepada delapan hari bulan Rabiulakhir, hari Isnin tamatnya (hlm. 647). Berdasarkan petikan di atas, Hikayat Melayu telah disalin oleh Muhammad Nuruddin Aceh pada “sebelas bulan Zulhijah kepada hari sabtu, tamat pada Sanat 1310, Betawi” (Hikayat Melayu, 1998: 647). 

Tengku Said sebagai penyurat Hikayat Melayu ini telah disebut oleh Muhamad Nuruddin Aceh di bahagian kolofon. Petikan ini juga menyebut teks ini sebagai “Sejarah Melayu”. Lazimnya, teks sastera sejarah ditulis atas perintah raja atau pemerintah, tetapi Hikayat Melayu ditulis atas perintah penjajah. Walaupun begitu ia masih mengekalkan tradisi mengangkat golongan pemerintah. 

Hikayat Melayu (1998) yang diselenggarakan dan diberikan judul oleh Muhammad Yusoff Hashim merujuk pada versi keenam iaitu sebuah versi teks Sejarah Melayu dari versi panjang. Walaupun dikatakan Hikayat Melayu mengambil sumber dari Sejarah Melayu, perlu dilihat juga teks Hikayat Melayu ini turut dijadikan sumber kepada kewujudan teks sastera sejarah yang lain. Virginia Matheson (1986: 495) misalnya telah dapat mengesan sumber-sumber bertulis yang digunakan oleh Raja Ali Haji dalam penulisan Tuhfat Al-Nafis. 

Antaranya ialah Sejarah Siak yang dirujuk sebagai Cod. Or. 7304 (sn.H.78) yang berjudul (Sejarah Raja-raja Melayu), Von De Wall 191 berjudul (Sejarah Raja-raja Melayu) dan Cod. Or. 6342 (Sejarah Raja-raja Melayu). Menurut Roolvink (1970: xiii) yang dipetik oleh Muhammad Yusoff Hashim (1992: 495) mengatakan ada pihak yang gemar memanggil teks di atas sebagai Hikayat Raja Akil atau Hikayat Siak.

PENGENALAN




Sastera sejarah terdiri daripada bentuk cerita, prosa dan puisi. Di antara beberapa contoh teks sastera sejarah ialah Sejarah Melayu (1996), Tuhfat Al Nafis (1982), Hikayat Siak (1992), Hikayat Merong Mahawangsa (1991), Hikayat Raja Pasai (1987), dan Hikayat Melayu (1998). 

Hikayat Melayu menyusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu sehingga berkesinambungan kepada keturunan raja Siak dan teks Hikayat Melayu juga sarat dengan unsur sastera yang bercampur gaul dengan unsur sejarah Siak. Sebagai sebuah teks sastera sejarah, Hikayat Melayu juga mempunyai tujuan yang tertentu mengapa ia ditulis. 

Pada bahagian mukadimahnya tidak ada langsung petikan yang menunjukkan teks itu ditulis untuk “tujuan menyukakan rajanya” ataupun “supaya diketahui oleh anak cucu yang terkemudian” melainkan hanyalah disebut oleh pengarang, seperti contoh petikan berikut, “Inilah ceritera Raja Iskandar Zulkarnain tertulis di dalam negeri Betawi kepada 24 Julai tahun 1893” (Hikayat Melayu. 1998: 1). 

Walau bagaimanapun, petikan di atas menunjukkan hasrat sebenar pengarang iaitu untuk menceritakan atau menyusurgalurkan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Teks ini juga memaparkan dengan jelas tarikh dan tempat, bila dan di mana teks Hikayat Melayu ini ditulis. Ia bersesuaian dengan ciri-ciri teks sastera sejarah itu sendiri yang dilihat telah melepasi tahap genre sastera sebelumnya yang kebanyakannya tidak memaparkan siapa pengarang, bila dan di mana ia ditulis.

ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...