Tuesday, 24 April 2018

CERMIN ADAB



Cermin Adab merupakan sebuah Kumpulan Puisi Remaja yang merupakan puisi yang diilhamkan berpandukan teks Sulalatus Salatin sepenuhnya.




Antara sajak Hang Tuah yang terdapat dalam Cermin Adab:



dan 




Wednesday, 18 April 2018

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"


PERISTIWA DALAM BAB 15


Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah negeri di Kuala Johor.

Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut.

Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.

Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah.

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"


PERISTIWA DALAM BAB 14


Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal.

Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana  Peringgi akan menyerang lagi.

Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang.

Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.

Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.

Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"


PERISTIWA DALAM BAB 13


Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud.

Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.

Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.

Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka.

Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang.  
        
Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.

Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar.

Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.

Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang berdendam dengan Bendahara kerana  Tun Fatimah.

Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud.

Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur.

Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"


PERISTIWA DALAM BAB 12


Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan raja Siam. Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang.

Orang-orang Melaka menyiapkan kubu pertahanan di Pahang. Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan.

Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara.

Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana.  Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.

Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka.

Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka.

Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi  beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab.

Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"


PERISTIWA DALAM BAB 11


Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda.

Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.

Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.

 Hang Nadim ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka.  Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut.

Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut.

Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut.

Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.

 Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka.

Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.  Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"


PERISTIWA DALAM BAB 10


Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.

Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.

Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan agar dipinang Puteri Gunung Ledang.

Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang. Tun Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan Mahmud membatalkan niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda. :

Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.

Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.

Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali.

Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda.

Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 9


Tun Jana Pakibul membunuh orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka.

Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.

Sultan  Alaud'Din Riayat Syah gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil.

Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.

Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya.

Bendahara Paduka Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan mendengar fitnah.

Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.

Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid.

Sultan  Mahmud Syah juga mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.

Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.

Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya.

 Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala,  Seri Maharaja menyerang Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.


SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 8


Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang berkahwin dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau Kubah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka.

Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula.

Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.

 Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan.  Sultan Mansur Syah murkakan Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan  apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk meminta maaf.

Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.

Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.  Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah.

Melaka diancam pencuri sehingga Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri.

Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.  Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.

Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan Melaka menghalang orang-orang Haru. Pertempuran berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.

 Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke Melaka.

Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu dan menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang.

Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja.

 Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu berlaku biadap.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 7


Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah.

Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.

Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang.

Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.

Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya.

Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir.

Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.

Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar.

Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara ditawan.

Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.

Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.

Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tidak ada yang  menyembah Raja Muhammad di Melaka.

Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari perempuan di Ujung Tanah.

Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.

Orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana berjaya menewaskan Semerluki.

Mauiana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai.

Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai merujuk masalah agama dan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 6

Seorang penyadap menjumpai seorang budak hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.

Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.

Penyadap  membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.

Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.

Penyadap  menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada.

Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.

Sultan  Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma.

Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaian.

Tun  Bija Sura dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.

Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.

Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah.

Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang  Tuah dibunuh.

Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.

Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.

Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China.

Raja China mendapat sakit kedal setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5

Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.

 Tun Perak membawa angkatan dari Keiang bersama anak isteri mereka sekali.

Awi Cakri menyerang Melaka tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.

Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga diiantik menjadi menteri.  Rakyat Melaka berpecah belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.

Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.

Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari. 

Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.

Tuan Saidi Arab memanah Cau Panden dari  Melaka. Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam.

Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang Indera Pura.

Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah berkeinginan bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta  Tun Telanai dititahkan ke Siam.

Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam.

Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.

SINOPSIS SEJARAH MELAYU "SULALATUS SALATIN"



PERISTIWA DALAM BAB 4

Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila lalu berhampiran istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua.

Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Lengkawi.

Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati. Seorang budak mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan menghasilkan kejayaan.

Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.

Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.

Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit.

Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu.

Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk.

Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan.  Peristiwa itu dilihat dari bawah pokok Melaka.

Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan Raden Tengah.

Syed Abdul Aziz datang ke Melaka dan mengislamkan penduduk Melaka.

Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.

Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan mendapat seorang anak iaitu Raja Kassim.

Sultan Muhammad Syah juga berkahwin dengan anak raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim.

Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja Kassim diusir dari istana.

Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh.

Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya.

Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.

ADAT ISTIADAT

Adat mengadap raja di balairung, Para pembesar akan disusun mengikut pangkat  kebesaran masing-masing. Bendahara, Penghulu Benda...